Pages

Friday, August 29, 2014

Himpunan 10,000 Sokong MB Kembalikan Imtiaz




Lebih 10,000 penduduk daerah Besut akan berhimpun sempena sambutan Perhimpunan Kesyukuran Imtiaz di Kompleks Imtiaz Bukit Keluang pada 12 September depan.

Pengasas Imtiaz yang juga Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, himpunan dijangka turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman itu diadakan sebagai tanda kesyukuran pembukaan semula Kompleks Imtiaz yang akan beroperasi tahun depan.

Katanya, semua bekas guru, pelajar, pengasas dan penderma Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut sejak 1999 yang dianggarkan seramai 700 orang, juga dijemput hadir untuk memeriahkan program berkenaan.

“Penganjuran ini bagi menzahirkan kesyukuran dan rasa terima kasih rakyat Besut di atas usaha Ahmad Razif yang mengembalikan semula Kompleks Imtiaz di Bukit Keluang kepada SM Imtiaz Besut sebagaimana perancangan asal,” katanya.


Beliau yang juga Menteri Pendidikan II dan Ahli Parlimen Besut turut berbangga kerana empat anaknya merupakan lepasan SM Imtiaz .

Idris berkata, pihaknya turut menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Wajah-Wajah Imtiaz’ yang memaparkan sejarah penubuhan Imtiaz dan bekas pelajar sekolah berkenaan.

Katanya, konsep Ulul Albab diterapkan dalam SM Imtiaz sudah dikembangkan ke beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah agama persekutuan, malah SM Imtiaz juga sudah dibuka di Melaka.

Beliau berkata, pihak penganjur juga akan menumbangkan sembilan ekor lembu untuk dijadikan jamuan rakyat sempena perhimpunan bersejarah itu.

No comments:

Post a Comment