Pages

Friday, August 29, 2014

Panggilan Temuduga Jawatan Kosong SPNT Mulai Oktober ini


jawatan-kosong


Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) memaklumkan surat panggilan temuduga bagi lima jawatan kosong yang ditawarkan melalui laman sesawang sebelum ini akan diemailkan dan diposkan kepada pemohon berkelayakan mulai awal Oktober ini.


Lima Jawatan kosong bertaraf tetap itu, Penolong Pegawai Tadbir N27, Pembantu Hal Ehwal Islam S27, Pembantu Perikanan, G17, Penghantar Notis N11 dan Pemandu N11 memerlukan 145 individu bagi mengisi kekosongan jawatan.


Setiausaha SPNT, Ahmad Faris Abdul Razak, berkata pihaknya ada menerima 30,299 pemohon pelbagai latarbelakang bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan sebelum 16 Julai lalu.


Katanya, semua borang permohonan yang diisi melalui laman sesawang kini dalam proses tapisan bertujuan mendapatkan individu yang benar-benar layak mengisi lima kekesongan itu.


“Kekerapan jawatan yang ditawarkan bergantung kepada keperluan dan permintaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).


“SPNT tidak boleh menawarkan sebarang jawatan kosong tanpa kebenaran bertulis pihak pertadbiran SUK,” katanya kepada teganukita.my hari ini.


Sumber :- http://teganukita.my/panggilan-temuduga-jawatan-kosong-spnt-mulai-oktober-ini/

No comments:

Post a Comment