Masjid Pulau Perhentian bakal menjadi daya tarikan baru kepada pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan itu.
Masjid ‘terapung’ bernilai RM13 juta itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk pulau malah ia bakal menjadi mercu tanda pembangunan syiar Islam di perkampungan nelayan itu.
ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, masjid yang dimulakan pembinaan pada 2012 itu kini berjalan lancar dan ia pada tahap 80 peratus siap pembinaan oleh kontraktor terbabit.
Katanya, masjid yang mampu menampung lebih 1,000 jemaah itu dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini apabila semua kerja pembinaan siap dilakukan pihak terbabit.
Beliau berkata, pelancong akan dapat melihatan keindahan masjid itu ketika berada pada waktu senja dari tengah laut antara dua pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar ketika berada di atas bot perairan pulau berkenaan.
“Pembinaan masjid baru itu adalah bagi menggantikan masjid lama yang uzur dan tidak mampu menampung pertambahan penduduk di pusat pelancongan tersohor itu,” katanya baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment