Pages

Friday, August 29, 2014

ZUL IKAN BAKAR Kuala Besut




ZUL IKAN BAKAR

Kuala Besut, Terengganu


Makanan laut yang paling popular di Terengganu adalah ICT. Pengunjung dari luar gemar bergurau untuk mencari ICT di Terengganu dan bukannya di Shah Alam. ICT yang dimaksudkan adalah ikan celup tepung yang menjadi menu ‘killer’ di Terengganu. Sungguhpun demikian, Terengganu turut menawarkan pilihan ikan bakar yang amat sedap kerana negeri ini juga merupakan negeri berbudaya laut yang memiliki khazanah laut yang segar.


Zul Ikan Bakar, Kuala Besut merupakan antara penyaji ikan bakar yang terbaik di Terengganu walaupun menerima saingan sengit daripada beratus-ratus lagi gerai ikan bakar di seluruh negeri Terengganu. Ikan bakar Terengganu terkenal dengan rempah ratus yang diserasikan dengan ikan semasa proses membakar di dalam daun pisang ataupun ‘aluminium foil’. Aroma rempah ratusnya yang menyerap ke dalam isi ikan menerbitkan selera yang amat tinggi malah deria rasa juga tidak dibohongi kerana rasanya juga amat berperisa dan menyengat. Rasa manis ikan masih ada dan kesegarannya amat jelas. Ikan bakar di sini memberikan pengalaman menikmati ikan bakar Terengganu yang amat sedap.


Selain itu, gerai ini turut menawarkan menu lain yang biasa didapati di restoran makanan laut termasuk sotong celup tepung yang juga tidak mengecewakan malah menu popular seperti ICT turut ditawarkan.


Servisnya agak baik dengan harga yang berpatutan mungkin boleh menjadikan Zul Ikan Bakar sebagai antara destinasi makan malam pilihan penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar kerana Kuala Besut ini adalah pintu masuk ke Pulau Perhentian.


Sumber :- FB SaluranMedia Besut

No comments:

Post a Comment