Pages

Tuesday, September 30, 2014

Mohon Permit JPV Sebelum Lakukan Sembelihan Korban


Umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Terengganu perlu mendapatkan permit penyembelihan terlebih dahulu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Pengarah JPV negeri, Dr Abd Razak Mohd Zailan dalam laporan Bernama berkata, permit berkenaan boleh dipohon daripada pegawai JPV di pejabat-pejabat JPV berdekatan mulai sekarang untuk memudahkan pemprosesan.

“Kita minta kerjasama pihak yang hendak membuat ibadah korban atau jamuan raya hendaklah memohon permit penyembelihan daripada JPV. Permit itu akan diberi selama tiga hari mulai 5 hingga 8 Oktober ini,” katanya.

Abd Razak berkata, untuk ternakan yang dibawa masuk dari negeri luar seperti Kelantan, permit kemasukan perlu dipohon selain perlu mengemukakan sijil kesihatan haiwan berkenaan dari negeri asal.

Katanya ternakan yang hendak disembelih perlu dipastikan sihat dan mempunyai permit daripada JPV jika penyembelihan dibuat di kampung-kampung.

Beliau berkata para pegawai JPV akan hadir ke kampung-kampung untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan lembu berkenaan berada dalam keadaan baik sebelum disembelih.

“Langkah yang diambil oleh JPV negeri ini bertujuan untuk mengelak jangkitan wabak penyakit kuku dan mulut yang melanda ternakan di negeri ini baru-baru ini.

“Gerakan menyuntik vaksin penyakit berkenaan masih dijalankan oleh pegawai-pegawai JPV di sesetengah daerah walaupun pada hakikatnya penyakit itu telah dapat dikawal,” ujarnya.

Sumber :- http://teganukita.my/mohon-permit-jpv-sebelum-lakukan-sembelihan-korban/

Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Di Setiap Parlimen


Pusat pengumpulan hasil bagi projek ‘Jom Menanam’ akan dibangunkan di setiap kawasan Parlimen di Terengganu bermula bulan depan bagi memastikan pendekatan komersil pengeluaran pertanian dapat dilakukan dengan berkesan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata, pihak koperasi akan diberi peranan untuk menjayakan agar dapat turut menarik penglibatan anggota masyarakat dengan lebih meluas.

Beliau yang berpuas hati dengan perjalanan prestasi Jom Menanam sejak dilancarkan Jun lalu berkata, kira-kira RM350,000 diperuntukkan kerajaan negeri bagi kedua-dua tujuan itu.

“Buat masa ini, kita telah mengenal pasti lokasi dan pelan bagi pembinaan pusat pengumpulan hasil dan dijangka kerja-kerja pembinaan itu akan dimulakan pada bulan depan,” katanya semalam.

Sumber :- http://teganukita.my/pusat-pengumpulan-hasil-pertanian-di-setiap-parlimen/

MB Jadi Tetamu Istimewa Hari Keluarga Permata Zon Utara

Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (Tengah) turut bersama mahasiswa dan siswi menyertai pertandingan tarik tali di Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM) pada Majlis Hari Keluarga Permata Zon Utara di USM Pulau Pinang. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail.

Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Zon Utara hari ini menerima kunjungan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Hari Keluarga Permata anjuran bersama Yayasan Terengganu itu menggabungkan empat universiti di utara semenanjung iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan USM sebagai tuan rumah.

Ahmad Razif berkata, program tahunan itu mampu menyuntik semangat pelajar sekaligus memberi motivasi kepada kumpulan itu bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.


“Saya turun padang untuk menyertai mahasiswa kita yang berada di luar negeri untuk mengetahui lebih lanjut masalah mereka.

“Kita mempunyai pelajar yang cemerlang akademik di peringkat awal seperti UPSR, PMR dan SPM tetapi apabila melanjutkan ke peringkat lebih tinggi mereka tidak mampu menunjukkan prestasi yang cemerlang jadi kita perlu tahu punca kenapa ia terjadi”, katanya pada program Hari Keluarga Permata Zon Utara.

Program itu dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti senam robik, sukaneka dan tarik tali.

Menteri Besar dijadualkan bakal membuat kunjungan ke program sama di Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Timur.

Sumber :- http://teganukita.my/mb-jadi-tetamu-istimewa-hari-keluarga-permata-zon-utara/

Peperiksaan Ulangan UPSR Untuk Pastikan Kredibiliti, Integriti Terpelihara


Peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi empat mata pelajaran yang soalannya bocor perlu dijalankan demi memastikan kredibiliti dan integriti ujian itu terpelihara.

Lembaga Peperiksaan (LP) menjelaskan, langkah itu dibuat selepas menerima pandangan beberapa pihak berkaitan isu peperiksaan ulangan bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil.

“LP amat memahami kesukaran yang dihadapi semua pihak khususnya murid dan ibu bapa dan telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelak perkara ini daripada berulang,” kata LP dalam satu kenyataan semalam.

Ini termasuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kebocoran kertas soalan berkenaan.

Badan peperiksaan itu menjelaskan bahawa calon yang tidak menduduki semula peperiksaan UPSR 2014 bagi empat mata pelajaran itu tidak akan diberikan gred tetapi direkodkan sebagai ‘T’ iaitu ‘Tidak Hadir’ bagi mata pelajaran terbabit.

Ini selari dengan peraturan peperiksaan yang berkuat kuasa bahawa calon hendaklah menduduki semua kertas peperiksaan bagi setiap mata pelajaran berkenaan.

Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu untuk peperiksaan ulangan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta kertas Sains 018, 028 dan 038.

Tarikh baharu ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 ditetapkan pada 9 Oktober.

Seramai 472,853 murid menduduki UPSR tahun ini di seluruh negara.

Sumber :- http://teganukita.my/peperiksaan-ulangan-upsr-untuk-pastikan-kredibiliti-integriti-terpelihara/

101,286 Siswazah Bekerja Selepas 6 Bulan Tamat Belajar


Seramai 101,286 siswazah atau 48 peratus daripada golongan itu telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun lalu itu turut mendapati 20 peratus atau 42,443 siswazah sedang melanjutkan pengajian masing-masing, lapor Utusan Malaysia.

Walau bagaimanapun, katanya, apa yang membimbangkan, seramai 53,282 masih belum mendapatkan pekerjaan dalam tempoh tersebut.

“Kita juga bimbang kerana kadar pengangguran dalam kalangan belia negara ini mencecah 12 peratus, namun fenomena ini turut berlaku di peringkat global kerana situasi ekonomi tidak menentu.

“Walaupun majoriti mahasiswa kita berjaya mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian, kita tidak boleh berasa selesa malah perlu memperbaiki pencapaian dan kita mahu siswazah kita sudah ditawarkan kerja sebelum tamat belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G), di Universiti Malaya yang turut dihadiri Naib Canselornya, Prof. Datuk Mohd. Amin Jalaluddin, semalam.

Karnival tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2009 oleh Kementerian Pendidikan adalah wadah untuk mengintegrasikan industri pekerjaan melalui kerjasama strategik dalam menyediakan peluang kerjaya dan keusahawanan untuk para siswazah dan belia.

Dalam pada itu, Khairy berkata, ramai siswazah menghadapi masalah tidak mendapat pekerjaan kerana tidak ada kemahiran mencukupi sebagaimana yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan.

Bagi memenuhi keperluan itu, katanya, kerajaan sedang melakukan usaha untuk melatih golongan berkenaan mengikut keperluan pekerjaan sebenar.

Sumber :-  http://teganukita.my/101286-siswazah-bekerja-selepas-6-bulan-tamat-belajar/

Alvin Tan Penakut, Sampah Masyarakat – Pemuda UMNO


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap penulis blog kontroversi, Alvin Tan sebagai penakut serta sampah masyarakat ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan yang menghina pemimpin negara.

Khairy berkata, Alvin merupakan seorang yang penakut apabila hanya berani mengeluarkan kenyataan tersebut selepas melarikan diri ke luar negara.

“Kalau berani balik ke Malaysia cakap depan-depan. Tak payah hendak lari ke Amerika Syarikat. Dia ini penakut hanya berani cakap selepas sudah lari dari Malaysia.

“Cakap depan-depan. Kami (Pemuda UMNO) menunggu. Jangan jadi bacul lari lepas itu baru hendak tunjuk berani. Orang macam ini adalah sampah masyarakat,” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Baru-baru ini, dalam status terbarunya di laman sosial, Alvin telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara serta mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadapnya.

Alvin sebelum ini juga telah dihadapkan ke mahkamah ekoran tindakannya mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial.

Sebelum itu pada 12 Mei lalu mahkamah membenarkan pasport Alvin dan pasangannya, Vivian Lee disimpan sebagai syarat jaminan sebelum diserahkan sementara kepada mereka berdua dari 18 Mei hingga 3 Jun lalu bagi tujuan pengambaran sebuah dokumentari di Singapura.

Bagaimanapun, Alvin telah dikenakan waran tangkap setelah gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah serta tidak hadir pada sebutan semula kes sebanyak dua kali iaitu pada 13 Jun dan 18 Julai lalu.

Sumber :- http://teganukita.my/alvin-tan-penakut-sampah-masyarakat-pemuda-umno/

UMNO Perlu Perpaduan Luar Biasa – Razif


Pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat perlu mempunyai kekuatan dan perpaduan yang luar biasa dalam mendepani cabaran politik semasa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ini merupakan keperluan penting dalam menentukan kelangsungan survival bangsa lebih-lebih lagi ketika semua peringkat pemimpin kini diuji dalam pelbagai bentuk cabaran.

Kata beliau, perpaduan juga sebenarnya merupakan asas yang membentuk UMNO sejak dahulu lagi, tetapi sedikit pudar akibat peredaran masa.


“Apa yang kita lakukan selama ini bukanlah tidak betul, tetapi masih ada kekurangan. Kita dilanda masalah tidak bersatu kerana wujudnya kelompok-kelompok orang berpolitik secara tidak ikhlas.

“Namun, kita kini perlu bermuhasabah dan kembali dengan semangat luar biasa. Ini penting kerana ketika ini pemimpin di semua peringkat dari akar umbi hingga ke peringkat atasan diuji dalam pelbagai cara,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Batu Burok, semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Sumber :- http://teganukita.my/umno-perlu-perpaduan-luar-biasa-razif/

Idea Bernas PV-ATM Bantu Masyarakat


Anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) disaran menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk kesejahteraan negara.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari berkata walaupun mereka sudah tidak berkhidmat dalam ATM namun mereka mempunyai pengalaman luas serta idea yang bernas bagi membantu pihak kerajaan.

“Ketika ini ada kenyataan yang kurang tepat dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kita mengalu-alukan golongan veteran ini untuk berkongsi pendapat dan pandangan mereka serta memberi nasihat kepada masyarakat di luar sana.

“ATM sentiasa menyokong kerajaan dan kita harap mereka yang telah tamat perkhidmatan juga terus dapat menyumbangkan khidmat mereka kepada negara,” katanya yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu selepas menyempurnakan penyampaian pingat-pingat sempena Mesyuarat Agung Tahunan PV-ATM di Hulu Terengganu, semalam.

Dalam majlis itu, 61 veteran ATM seluruh Terengganu menerima pingat Jasa Malaysia dan Pingat Sentiasa berjuang bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Sumber :- http://teganukita.my/idea-bernas-pv-atm-bantu-masyarakat/

Terengganu Hos Terbaik Sukan Marathon

Sheela (baju kuning) bersama dua pemenang bagi kategori terbuka wanita bergambar kenangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Awam Negeri, Bazlan Abd Rahman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh.

“Terengganu menjadi antara lokasi terbaik penganjuran sukan marathon sebegini. Malah, saya pasti tidak akan melepaskan peluang menyertainya lagi pada tahun akan datang kerana hadiah yang ditawarkan juga lumayan,” kata Sheela Samivellu yang mengungguli kategori wanita terbuka, Larian Antarabngsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2014, di Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

Sheela yang menamatkan larian dengan catatan masa terbaik satu jam 21 minit dan 52 saat berjaya membawa pulang RM8,000, mengenepikan pesaing terdekat, Yu Fang di tempat kedua (1:29:51) dan Loh Chooi Fern (1:30:37).

Bekas atlet Sukma Johor itu berkata, penyertaan kali kedua pada tahun ini turut membaiki rekod di tempat kedua pada penyertaan LAJSM yang lalu dengan rekod masa

“Saya rasa sangat selesa dengan beberapa pembaharuan dan perubahan yang dilaksanakan penganjur pada kali ini. Langsung tiada masalah sepanjang larian bermula dari mula hingga tamat persaingan.

“Walaupun tanpa latihan yang intensif memandangkan saya sibuk bekerja sebagai pegawai kerajaan di Putrajaya, denga pelbagai kelebihan yang ada serta dibantu dengan cuaca yang baik, saya berjaya mencapai sasaran sebagai juara pada kali ini,” katanya yang juga atlet marathon 10km dan 15km.

Bagi kategori lelaki terbuka pula, pelari jarak jauh dari Kedah, Muhaizar Mohamad memenangi perlumbaan sejauh 21 km itu dengan catatan masa 1:10:46s meninggalkan R Thevan (1:10:53s) untuk tempat kedua dan ketiga Mohd Jironi Riduan (1:11:17s).
Muhaizar (dua dari kanan) bersama dua pemenang bagi kategori terbuka lelaki bergambar kenangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Awam Negeri, Bazlan Abd Rahman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh.
Anggota tentera berusia 34 tahun dari Kem Sungai Udang, Melaka itu menerima wang tunai RM8,000 dan menyifatkan kejayaan itu merupakan catatan masa terbaik peribadinya sejak menukar haluan daripada menyertai larian extreme berbukit ke marathon sejak lebih setahun lalu.

Katanya, penyertaan dia dalam LAJSM itu juga merupakan medan pemanas badan baginya menghadapi satu lagi Kejohanan di Kuala Lumpur bulan depan dan mengharapkan mampu mempertahankan catatan masa terbaiknya.

“Penyertaan dalam larian extreme sebelum ini banyak membantu kejayaan saya pada hari ini (semalam) kerana dari segi ‘endurance’ saya tidak berdepan dengan masalah, cuma saya perlu tambahkan ‘speed’ pada larian sahaja.

“Malah ini adalah salah satu program latihan saya sebagai persiapan untuk melayakkan diri ke SEA Game Singapura tahun depan,” katanya.

Kategori lelaki tertutup Terengganu dimenangi Mohamad Helmi Suhaimi (1:14:52s), tempat kedua, Mohd Shukri Abd Rahman (1:17:38s) dan ketiga Muhamad Nizamuddin Alias (1:18:20s), manakala wanita dikuasai pemenang kategori terbuka musim lalu, Nor Amelia Musa dengan catatan masa 1:27:05s di depan Kok Swee Sen (1:53:41s) dan Nor Zaiemah Mat Hussain (1:53:46s).

Kejohanan anjuran kerajaan negeri disertai 22,297 peserta membabitkan pelari profesional dan amatur termasuk 120 pelumba luar negara dengan menyaksikan 13 kategori dipertandingkan.

Perlepasan peserta LAJSM disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, manakala hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Mazlan Ngah.

Sumber :- http://teganukita.my/terengganu-hos-terbaik-sukan-marathon/

Atlet Kenya Dominasi LAJSM 2014


Seperti diramalkan, pelari jarak jauh dari Kenya berjaya mencipta hatrik kemenangan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2014 apabila kekal mendominasi kedudukan tiga terbaik bagi kategori utama lelaki dan wanita terbuka antarabangsa, di Dataran Batu Burok, semalam.

Seurei Julius Kiprotichi muncul johan perlumbaan apabila menamatkan persaingan dengan catatan masa dua jam lapan minit dan 59 saat sekaligus mengenepikan rakan senegaranya, Muasya Onesmus Muindi (2:09:09s) dan Joel Kiplimo Kemboi (2:09:18s) di tempat kedua serta ketiga dalam perlumbaan sejauh 42 kilometer (km) itu.


Dia yang membuat persiapan tiga bulan sebelum kejohanan itu, sangat gembira kerana berjaya mencipta kemenangan dalam acara marathon pertama disertainya di Terengganu.

“Saya menerima saingan yang amat sengit dari rakan senegara. Bagaimanapun, keadaan cuaca yang sangat baik banyak membantu larian saya.

“Malah kejayaan ini memberi semangat buat saya untuk terus menyartai kejohanan yang lain pada masa akan datang dan pastinya saya akan kembali lagi ke sini tahun depan,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlumbaan semalam.

Manakala Julius Kiprotichi menerima hadiah wang tunai RM18,000 manakala Onesmus Muindi RM8,000 dan Kiplimi Kemboi RM5,000.


Kejohanan anjuran Kerajaan Negeri itu seramai 22,297 peserta yang terdiri daripada pelari profesional dan amatur termasuk 120 pelumba luar negara menyertai perlumbaan sehari itu dengan menyaksikan 13 kategori dipertandingkan.

Perlepasan peserta LAJSM disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, manakala hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Mazlan Ngah.

Dalam pada itu, pelumba Kenya, Mary Arenkwony Maiyo memenangi kategori wanita dengan catatan masa dua jam 33 minit dan 44 saat mengatasi dua lagi rakan senegara, Edinah Jeruto Koech (2:38:44s) serta Purity Chelimo Serem (2:40:25s).

Atlet berusia 29 tahun itu menerima hadiah wang tunai RM10,000 manakala Jeruto Koech RM 7,000 dan Chelimo Serem RM5,000.

Sumber :- http://teganukita.my/atlet-kenya-dominasi-lajsm-2014/

Hoki Terengganu Anjur Liga Antara Daerah November Ini


Persatuan Hoki Terengganu (PHT) akan menganjurkan Kejohanan Liga Hoki Antara Daerah bagi merebut Piala Menteri Besar, November ini.

Presidennya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, sebanyak lapan daerah termasuk daerah terbaru, Kuala Nerus, dijangka menyertai kejohanan tersebut.

“Kejohanan ini secara tidak langsung akan menyemarakkan aktiviti sukan hoki di negeri ini,” katanya baru-baru ini.

Justeru, katanya pihaknya akan memohon bantuan kewangan daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bagi merealisasikan kejohanan liga itu.

Sumber :- http://teganukita.my/hoki-terengganu-anjur-liga-antara-daerah-november-ini/

22,279 – Penyertaan Tertinggi Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud


Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) 2014 yang diberi nafas baharu mencatat sejarah penyertaan teramai sepanjang siri penganjurannya dengan 22,297 orang bersaing dalam 12 kategori semalam.

Pelari dari Kenya terus mengungguli kategori utama (antarabangsa) lelaki dan wanita terbuka dalam perlumbaan sejauh 42 kilometer (km) yang bermula dan berakhir di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.

Seurei Julius Kiprotichi, 38, yang menamatkan larian dua jam lapan minit dan 59 saat (2’08:59) membawa pulang RM18,000 manakala Mary Arennkwony Maiyo, 26, dengan catatan masa 2’33:44s meraih RM10,000 selaku juara.

Tempat kedua lelaki dan wanita terbuka antarabangsa dimenangi oleh Muasya Onesmus Muindi dengan catatan masa 2’09:9s dan ketiga, Joel Kipumo Kemboi dengan masa 2’09:18s. Masing-masing menerima RM8,000 dan RM5,000.

Tempat kedua wanita terbuka antarabangsa dimenangi oleh Edinah Jeruto Koech dengan catatan 2’38:44 saat dan ketiga Purity Chelimo Serem dengan catatan 2’40: 25 saat. Masing-masing membawa pulang RM8,000 dan RM5000.

Bagi ketegori lelaki Malaysia terbuka 21 km, dimenangi oleh Muhaizar Mohamad, 26, dari Kedah dengan catatan masa 1’10: 46s dan tempat kedua, Thevan Al Rajoo 1’10:53s manakala Mohd. Jironi Riduan (1’11:17s) di tempat ketiga.

Mereka menerima RM8,000, RM5,000 dan RM3,000.

Kategori wanita Malaysia terbuka 21 km dimenangi oleh Sheela Samivellu, 34, dari Putrajaya dengan catatan masa 1’21:52s manakala tempat kedua, Yuan Yu Fang (1’29:51) dan ketiga Loh Chooi Fern (1’30:37s). Masing-masing menerima RM8,000, RM5,000 dan RM3,000.

Perlepasan peserta disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman manakala penyampaian oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah.

Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri, Abd Rashid Jusoh.

Seramai 22,297 peserta termasuk 120 peserta luar negara menyertai edisi LAJSM pada tahun ini yang menawarkan hadiah keseluruhan RM278,800 berbanding kira-kira 8,000 penyertaan pada tahun lalu dan melepasi 10,000 yang disasarkan penganjur.

Peserta antarabangsa terbanyak adalah dari Kenya iaitu 80 orang selain Ethiopia, German, Indonesia, Singapura, Australia, Austria, Azerbaijan, Bangladesh, India, Jepun, Nigeria, Sri Lanka, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sumber :- http://teganukita.my/22279-penyertaan-tertinggi-larian-antarabangsa-jambatan-sultan-mahmud/

Pantai Kemasik Jadi Tarikan Jurugambar Profesional


Keindahan panorama dengan aliran sungai jernih dan cetek yang terdapat di persisir Pantai Kemasik, Kemaman nyata menarik minat jurugambar profesional tempatan dan luar negara untuk mengabdikannya sebagai kenangan atau tatapan rakan dan saudara.

Setiap kali singgah di destinasi itu, mereka tidak ketinggalan merakam pelbagai sudut menarik, termasuk bayang-bayang dibawah jeti kayu, perahu nelayan, tugu pengenalan pantai, gelagat kanak-kanak bermain pasir dan penduduk kampung menaikkan wau.

Apa yang dilakukan jurugambar itu, secara tidak langsung dapat mempromosikan destinasi itu kepada orang ramai yang rata-ratanya kini mencintai keindahan dan keunikan alam semula jadi.

Dek keindahan itu juga membuatkan pengunjung luar Terengganu dan pelancong dari pelbagai negara gemar bertandang semata-mata ingin mendapat ketenangan, lari daripada kesibukan kota dan merasai udara nyaman serta bersih.


Pendekatan pihak berkuasa tempatan membina pelbagai kemudahan seperti tandas, surau, taman permainan,gerai makan, pondok rehat, jeti, laluan berjalan kaki dan tempat letak kereta membuatkan mereka tidak pernah serik dan akan mengunjunginya kembali jika ada kelapangan.

Beberapa chalet dan rumah istirehat yang dibina pengusaha berhampiran Pantai Kemasik nyata memudahkan pelancong untuk bermalam secara individu atau bersama keluarga.

Pantai Kemasik yang terletak kira-kira 30 km dari Bandar Chukai dan 125 km dari Kuala Terengganu itu nyata menarik minat orang ramai terutama pengguna jalan raya kerana berada berdekatan dengan jalan utama.

Tugu pengenalan pantai yang dibina PBT seakan melambai-lambai kedatangan pegunjung ke destinasi itu untuk pelbagai tujuan sama ada beristirehat atau berkelah.


Penduduk tempatan bijak memanfaatkan kawasan lapang di pantai itu dengan pelnagai aktiviti, termasuk bermain bola sepak, bebeku, sukaneka dan bola tampar.

Bagaimana untuk ke sana:-

Sekiranya anda dari Kuantan, anda perlu menuju ke Bandar Chukai di Kemaman. Dari Kemaman pula, anda perlu mengikut jalan persisiran pantai Chukai-Kijal-Kemasik.

Jika ingin bermalam mereka boleh memilih Kerteh Lodge, Resorts World Kijal atau JR Apartment yang hanya terletak 10km dari pantai itu.

Sumber :- http://teganukita.my/pantai-kemasik-jadi-tarikan-jurugambar-profesional/

Friday, September 26, 2014

Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Sukan Kolej Komuniti 2014


KOLEJ-KOMUNITI-newJabatan Pengajian Kolej Komuniti dengan kerjasama Majlis Sukan Kolej-Kolej Komuniti (MASKOM) mengambil inisiatif menjayakan Kejohanan Sukan Kolej Komuniti 2014, di sekitar Kuala Terengganu selama empat hari  bermula  26 September ini.
Ketua Jabatan Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Mohamed Kamel Ali, berkata kejohanan diadakan bertujuan mengenal pasti bakat pelajar untuk  diketengahkan sebagai wakil kolej, negeri atau negara ke persada sukan antarabangsa.
“Selain itu, kita mahu memupuk semangat kerjasama, setiakawan dan hubungan mesra sesama pelajar dan antara institusi terlibat serta memupuk semangat perpaduan, kekeluargaan, nilai- nilai positif dan sahsiah sepadu di  kalangan pelajar kolej komunti yang terlibat.
“Penganjuran itu juga dapat merealisasi matlamat kementerian agar dapat mencapai Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi untuk melahirkan 30 peratus atlit negara yang  terdiri dari pelajar IPT,”  katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.
Kejohanan yang dianjurkan Kolej Komuniti Negeri Terengganu akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Mohd Noor di Pengkalan Unit 6 Polis FRU, Wakaf Tapai , jam 8.30 malam (26 Sepember).
Mohamed Kamel berkata, pengisian program termasuk pertandingan bola tampar,  bola jaring, sepak takraw dan badminton (di Pengkalan Unit 6 Polis FRU Wakaf Tapai), boling (Terengganu Equestarian Resort, Kuala Terengganu) serta petanque di Sekolah Menengah Kebangsaan Manir.

Jambatan Sultan Mahmud Ditutup Kepada Pengguna Jalan Raya Sabtu Ini.


DSC_0945 - CopyJambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu akan ditutup kepada pengguna jalan raya selama tiga jam, bermula pukul 6.30 pagi pada Sabtu ini (27 September ini).
Manakala penutupan satu lorong melibatkan Jalan Sultan Mahmud, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kemajuan, Jalan Bukit Besar, Jalan Kamarudin, Jalan Wakaf Mempelam dan Jalan Durian Durian.
Jalan itu ditutup bagi melancarkan perjalanan program Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2014 yang melibatkan hampir 2,500 peserta tempatan dan luar negara pada tarikh itu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat, berkata pihaknya terpaksa berbuat demikian bagi mengelak pelbagai kemungkinan buruk berlaku, selain ingin menjaga keselamatan peserta LAJSM.
Katanya, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif, iaitu Jalan Batu Enam menghala ke Jalan Durian Burung sekiranya mempunyai urusan di Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu dalam tempoh itu.
“Seramai 1,000 pihak berkuasa tempatan, termasuk Polis, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela terlibat bagi menjayakan program tahunan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu.
“Pada masa sama, tiga ambulans dan sebuah jentera bomba turut bersedia menawarkan perkhidmatan masing-masing,” katanya kepada teganukita

Penduduk Ladang, Tanjung Setuju Pindah Ke Pangsapuri Ladang Gemilang


3
Ahmad Razif meninjau premis perkedaian, di bandar Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Kerajaan negeri mencapai  persetujuan dengan penduduk di Kampung  Ladang dan Tanjung  yang terlibat dengan projek penstrukturan semula Bandar Raya Kuala Terengganu untuk berpindah ke Pangsapuri Ladang Gemilang II, tidak lama lagi.
Sehingga kini, kerajaan negeri hampir menyelesaikan semua bayaran pampasan kepada penduduk terlibat dan bayaran dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum mereka diberikan notis mengosongkan rumah masing-masing.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk menjual rumah Pangsapuri Ladang Gemilang II itu kepada penduduk terlibat dengan kos yang tidak membebankan mereka.
“Mereka akan berpindah terus ke Ladang Gemilang dan tidak ada lagi konsep menyewa. Kita akan tukarkan penama rumah itu kepada penduduk mengikut terma dan syarat apabila mencapai persetujuan itu.
“Jika  mereka hendak membeli rumah itu, mereka boleh membelinya dengan menggunakan konsep` one-off’  atau menyewa dari pemilik lain, bergantung kepada keselesaan dan kemampuan masing-masing ,” katanya di Kampung Hulu Takir, Kuala Nerus, baru-baru ini.
Tambah beliau, kerajaan hari ini, tidak akan membebani rakyat yang dalam kesusahan dan kesempitan, sebaliknya akan mencari jalan dan pertimbangan terbaik untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan.
Katanya, sektor perumahan menjadi agenda penting kerajaan negeri dalam usaha memberi kesejahteraan kepada kehidupan rakyat di bandar mahupun luar bandar.
“Kerajaan negeri sentiasa memandang ke hadapan dan mencari inisiatif bagi memastikan penduduk yang terbabit dengan perpindahan akibat pembangunan bandar ini dapat meneruskan hidup bersama keluarga dengan lebih selesa,” katanya.
Sebelum ini, penduduk yang berpindah ke Pangsapuri Ladang Gemilang I diberi subsidi 50 peratus bagi setiap unit berharga RM150,000 yang melayakkan mereka membeli kediaman berkenaan pada harga RM75,000 sahaja.

Sidang DUN: Lebih 500 RMM Bakal Dibina Di Setiap Parlimen


8 (1)
Dato’ Ahmad Razif
Kerajaan negeri bakal membina lebih 500 Rumah Mampu Milik (RMM) di lokasi terpilih  setiap Parlimen dengan dilengkapi insfrastruktur tertentu, termasuk bangunan kedai dan taman permainan, mulai tahun depan.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu Sidang dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa setiap Parlimen perlu mencadangkan mana-mana kawasan yang bersesuaian dan luas untuk pembinaan RMM di atas setiap lot tanah.
“Melalui projek itu, kerajaan negeri mahu mengelak membina RMM secara bertingkat, kerana kebanyakan pemilik lebih selesa mendiami rumah di atas lot kediaman masing-masing.
“Usaha itu secara tidak langsung dapat membantu mana-mana penduduk, terutama yang tidak mampu membeli tanah memiliki lot kediaman “ katanya ketika menjawab soalan Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi).
Menurutnya, dalam aspek itu, kerajaan negeri mahu memastikan setiap keluarga mempunyai satu rumah.
“Bagi memastikan usaha itu memcapai matlamat, kita akan memperbanyakkan kediaman berkonsepkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin teres di setiap  DUN,” katanya.

Sidang DUN: Pasar Payang Baharu Dalam Proses Akhir Tawaran Tender


3 (4)Pembinaan Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) baharu berkonsepkan warisan Terengganu tanpa melibatkan apartment dan hotel mewah kini dalam proses akhir tawaran tender.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kos yang diperuntukkan bagi tujuan itu lebih rendah berbanding apa yang dicadangkan sebelum ini.
“PBKP itu nanti masih mengekalkan warisan Terengganu walaupun dilengkapi kemudahan moden termasuk alat penghawa dingin, lif dan eskalator.
“Lebih menarik mempunyai jejambat yang boleh menghubungkan ke Bazar Warisan, mengekalkan indentiti jam besar, replika perahu payang dan telaga seri amar.” katanya,
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sidang DUN, hari ini.
Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan akan menaik taraf PBKB itu secara berperingkat-peringkat dengan merobohkan struktur lama bangunan itu yang dikenalpasti tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya.
Katanya, bangunan lama itu yang melibatkan pasar basah dan premis batik mungkin akan dipindahkan lebih awal ke pasar sementara bertempat di Pulau Warisan untuk kerja-kerja meroboh dan membina baru.
“Apabila bangunan itu siap kelak, perniaga terbabit akan berpindah, sebelum pengusaha lain pula yang akan dipindahkan ke pasar sementara iaitu di lokasi sama.
“Kita terpaksa berbuat demikian, untuk mengelak pembaziran peruntukan dengan membina pasar sementara lebih luas dan besar,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Razif turut memberitahu kerajaan negeri turut bercadang menwujudkan perkhidmatan bas bandar percuma kepada pelancong tempatan dan luar negara.
“Langkah itu dilihat lebih mesra pelancong, selain mahu memberi keselesaan golongan itu yang mahu melihat keunikan sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu,” katanya.

Sidang DUN: Lulus Perbekalan Tambahan RM150 Juta


3 (4)Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, Selasa meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan RM150 juta untuk beberapa perbelanjaan luar jangka dan memastikan kelancaran pentadbiran negeri itu.
Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan 2014 itu diluluskan sebulat suara oleh anggota dewan setelah dibahaskan anggota dewan undangan negeri kerajaan dan pembangkang.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata perbekalan itu antara lain adalah untuk menampung keperluan perbelanjaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi milik kerajaan negeri.
“Daripada jumlah itu, RM43 juta diperuntukkan bagi memajukan sektor bioteknologi polimer yang diadakan dengan kerjasama NSE Resources Corporation Sdn Bhd di Kertih, Kemaman.
“Peruntukan itu tidak termasuk dalam pembentangan bajet tahun ini, namun kita melihat adanya potensi untuk terus membangunkan sektor bioteknologi yang pertama di negara ini dengan komitmen kerajaan Persekutuan memberi subsidi RM140 juta bagi tempoh 10 tahun (RM14 juta setahun) kepada Terengganu,” katanya di sesi penggulungan peruntukan tambahan dalam Perbelanjaan Negeri Tahun 2014 di Sidang DUN, semalam.
Selain itu, beliau berkata perbekalan tambahan itu diperlukan untuk menampung perbelanjaan Yayasan Terengganu, yang sehingga kini berjumlah RM9.5 juta berbanding RM7.3 juta sepanjang tahun lepas.
“Ia berikutan peningkatan pelbagai bantuan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kita jangka rayuan permohonan untuk mendapatkan bantuan ini akan bertambah menjelang Disember, untuk kemasukan ke universiti.
“Begitu juga dengan perbelanjaan untuk pengagihan dana raya, dana remaja dan bantuan pakaian persekolahan yang masih berterusan sehingga kini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata jumlah perbelanjaan itu bergantung kepada keperluan dan baki daripada RM150 juta itu, jika ada, akan disalurkan kepada aspek pembangunan untuk tahun depan.

Hulu Berubah Wajah Pada 2020


7Menjelang 2020 bakal menyaksikan perubahan landskap keseluruhan Daerah Hulu Terengganu apabila beberapa kawasan pertanian di daerah itu dibangunkan dengan industri serta kawasan perumahan yang lebih tersusun.
Transformasi  itu akan dilaksanakan mengikut Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu (RTDHT) 2015-2020 untuk meningkatkan kawasan industri dan pembangunan perumahan serta kemudahan awam.
Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat berkata, tambahan kawasan perindustrian bagi Hulu Terengganu termasuk projek Taman Industri Terengganu (TIP) akan meningkat daripada seluas 2,206.4 hektar kepada 2,380.2 hektar.
“Kita melihat perancangan awal untuk pembangunan bandar adalah penting bagi mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan dan bagi mengatasi masalah bandar seperti kesesakan lalu-lintas dan tekanan pembangunan.
“Pembangunan dan penyusunan semula bandar Kuala Berang perlu diberi perhatian melalui pembangunan semula secara terpilih dan pengezonan semula guna tanah,” katanya ketika merasmikan Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu (Pengubahan).
Rozi memberitahu, penyusunan semula Bandar Kuala Berang sedang dirancang dalam usaha mewujudkan bandar itu sebagai bandar kecil mampan yang dilengkapi komponen perbandaran, berimej dan beridentiti Bandar Warisan Batu Bersurat.
Menurutnya, begitu juga dengan pekan Ajil yang bakal menerima lonjakan pembangunan ketara dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur dan cadangan pembangunan pusat komersil Ajil yang bakal menjana peningkatan berganda dalam aktiviti perniagaan setempat.
Katanya pemantapan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam akan dapat menyumbang ke arah perkembangan ekonomi daerah secara menyeluruh.
Rozi berkata Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengambil tindakan untuk mengkaji semula kawasan guna tanah khususnya bagi kawasan Kampung Langgar, Kampung Gaung dan Kampung Telaga.
Tambah beliau, kawasan-kawasan ini merupakan kawasan tanaman padi yang telah diwartakan, tetapi tidak dapat diusahakan kerana ketiadaan pengusaha dan kemudahan sistem pengairan menyebabkan ia terbiar dan dipenuhi semak.

Sidang DUN: Kerajaan Perlu Bantu Bina Rumah, Elak Bersesak Di Rumah Ibu Bapa


Jabi
Adun Jabi, Mohd Iskandar
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar memberitahu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini bahawa kebanyakan generasi muda yang baru berumahtangga di negeri ini dikenalpasti belum mampu memiliki kediaman sendiri.
Katanya, situasi itu cukup jelas, terutama membabitkan generasi kedua penoroka felda di mana ketika ini dapat 7,459 keluarga masih gagal memiliki kediaman sendiri.
“Apabila situasi ini berlaku, sudah pasti mereka akan bersesak di rumah ibu bapa, walaupun tidak selesa, terpaksa melalui keadaan itu kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk membina rumah sendiri atau menyewa rumah.
“Oleh itu, saya menyeru kerajaan negeri supaya bekerjasama erat dengan pengurusan Felda bagi membantu pembinaan kediaman mampu milik generasi kedua ini.
“Pihak itu boleh membantu dengan mempercepatkan proses penyerahan tanah-tanah milik kerajaan yang berada di kawasan Felda,” katanya.
Mohd Iskandar turut menyentuh berkaitan kebersihan dan keselamatan masjid kerajaan di seluruh Terengganu di mana tahap kebersihan masih belum mencapai peringkat cemerlang.
“Banyak lagi masjid tidak bersih dan kurang selesa untuk jemaah menggunakan tandas dan mengambil wudhu’.
“Oleh itu, sebaik-baiknya kerajaan negeri memperuntukan sejumlah perbelanjaan bagi menanggung kontrak kebersihan dan keselamatan masjid di seluruh Terengganu,” katanya.

Sidang DUN: Kerajaan Tidak Akan Biarkan Pulau Bebas Cukai Jadi `Gajah Putih’


5 (2)Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Majlis Pembangunan Pelancongan Negeri Terengganu (MPPNT) sebagai badan yang bertanggungjawab membantu kerajaan bagi mengenalpasti setiap keperluan di Pulau Bebas Cukai Tasik Kenyir bagi mengelak projek itu menjadi `gajah putih’.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan meneruskan projek itu sebagaimana  perancangan awal, bagaimanapun akan melaksanakan penambahbaikan dan penyesuaian dari aspek kos dan kaedah pelaksanaan.8 (1)
“Setiap projek yang yang sudah dan sedang dirancang akan diteruskan. Cuma akan dilakukan penambahbaikan dan penyesuaian dari segi kos,  cara pelaksanaan dan sebagainya.
“Jadi kerana itu, kerajaan bercadang pada masa sekarang ini untuk menubuhkan Majlis Pembangunan Pelancongan Negeri Terengganu membantu kerajaan bagi mengenalpasti apa keperluan dan perkara yang perlu dilaksanakan di Tasik Kenyir bagi mengelak dari menjadi `gajah putih’,” kata beliau ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Abdul wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam), di sidang DUN, pagi ini.
1 (3)Abdul Wahid mengemukakan soalan tambahan sejurus menteri besar menjawab soalan lisan dikemukakan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mengenai senarai projek dan pembangunan yang sudah dan akan dinilai semula dari segi pelaksanaanya sebaik sahaja peralihan kepimpinan  baru-baru ini.
Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir menjelaskan, kerajaan negeri  tidak mahu  setiap projek yang sedang berjalan terhenti begitu sahaja kerana ia akan menimbulkan lebih banyak masalah, sekaligus mengundang tohmahan di kalangan rakyat khususnya pembangkang terhadap kerajaan.
Beliau memberitahu, projek pembangunan pulau itu dijangka akan dibuka pada September 2015.
Tambah beliau, Kerajaan Pusat turut bersetuju membantu Terengganu bagi merealisasikan usaha pembangunan di Tasik kenyir itu termasuk membawa  lebih ramai pelabur luar bekerjasama bagi memajukan pusat pelancongan itu nanti.
“Saya sudah mendapat komitmen daripada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak kerana Kerajaan Pusat juga akan turut membantu bagi membangunkan  (Pulau Bebas Cukai) Tasik Kenyir, selain mempelawa pelabur dari luar supaya sama-sama membangunkan pulau itu.
“Supaya impak pembangunannya nanti bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat, malah Terengganu secara  keseluruhannya,” katanya.
3 (3)Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata komponen kawasan bebas cukai merangkumi kawasan bebas cukai Pulau Bayas, Kompleks Kastam dan elektrik dari Kuala Ping ke Pulau Bayas yang kini siap sehingga 40.67 peratus.
Mohd Jidin (BN-Permaisuri) menjelaskan demikian sebagai menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) berkata, kerajaan negeri menjangkakan pulau bebas cukai itu akan siap pada September 2015 sebelum memulakan operasinya pada akhir 2015 atau pada awal 2016 .
Mengenai jumlah peruntukan yang dikeluarkan kerajaan negeri bagi pembinaan Pulau Bebas Cukai, Mohd Jidin berkata, kos keseluruhan projek bernilai RM226.9 juta dan sejumlah RM108.4 juta sudah dibelanjakan setakat ini.

Thursday, September 25, 2014

Perindustrian Sungai Bari Diwartakan Sebagai Kawasan Industri Hijau


Exco 3
Tengku Putera
Kerajaan negeri mewartakan kawasan Perindustrian Sungai Bari, setiu sebagai lokasi insdustri hijau di mana hanya perusahaan berasaskan pembangunaan mesra alam saja dibenarkan beroperasi di kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata usaha itu dapat dilihat dengan wujudnya taman solar yang bakal siap penghujung tahun ini dan bakal menjadi perintis kepada industri sama.
Katanya, pihak kami mengakui, Terengganu tidak mempunyai dasar tertentu untuk menarik pelabur dalam industri teknologi hijau.
“Bagaimanapun sentiasa berusaha merangka pelbagai insiatif bagi menjayakan dasar yang disarankan Kerajaan Pusat,”katanya.


Lima Pengusaha Madu Dari Setiap DUN


DSC_1068 (1)
Nawi
Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diminta memilih lima penduduk dari kawasan masing-masing sebagai pengusaha madu supaya dapat  menjana pendapatan dan menambah pengeluaran madu tempatan, bermula tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Nawi Mohamad,  berkata bagi menjayakan hasrat itu, setiap Adun akan dibekalkan 20 sarang lebah madu di rumah masing-masing dan diberikan pengetahuan mengenai selok-belok perusahaan itu oleh agensi berkaitan, terlebih dahulu.
“Kita mahu memastikan madu menjadi satu produk dan ole-ole utama dari sektor pertanian negeri yang menjadi tarikan pengunjung yang datang ke Terengganu.
“Oleh itu, pada peringkat awal kita akan memberi pengetahuan mengenai perusahaan madu kepada semua wakil rakyat di seluruh  Terengganu. Kerajaan negeri  juga bersetuju untuk memasang 20 sarang di setiap rumah wakil rakyat ,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung tahunan Pertubuhan Peladang negeri Terengganu di Wisma Peladang Terengganu, baru-baru ini.
Nawi berkata, peringkat permulaan, 17 Adun akan dibekalkan dengan sarang madu lebah itu dan seterusnya wakil rakyat berkenaan akan memilih lima peserta dari kawasan masing-masing dan menjadikannya keseluruhan 85  pengusaha madu di seluruh Terengganu terlibat dengan projek itu.
Tambah beliau,  usaha terbaharu itu bukan sahaja menjana ekonomi dan sumber pendapatan penduduk, malah menambahkan pengeluaran madu negeri yang kini hanya bergantung kepada pengeluaran madu dari pusat ternakan madu lebah di Sekayu, Pulau Madu di Tasik Kenyir dan Lembah Madu di Mercang, Marang.
Selain itu,pada masa kini  harga madu kelulut agak tinggi mencecah sehingga RM120 sekilogram, berbanding madu biasa RM80 sekilogram.

PRK Pengkalan Kubor Meriah Walaupun Peratusan Keluar Mengundi Turun


enteri Besar,Dato' Ahmad Razif Abd Rahman (Baju merah) sempat bermesra dengan penyokong-penyokong parti Pas ketika beliau meninjau suasana pembuangan undi di Pengkalan Kubor,Tumpat
enteri Besar,Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (Baju merah) sempat bermesra dengan penyokong-penyokong parti Pas ketika beliau meninjau suasana pembuangan undi di Pengkalan Kubor,Tumpat
Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor N01 meriah sehingga pusat undian ditutup jam 5.00 petang tadi walaupun jumlah peratusan keluar mengundi turun.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), peratusan keluar mengundi adalah kurang sedikit untuk PRK Dun Pengkalan Kubor berbanding pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU) yang lalu sebanyak 6.1 peratus.
Sehingga jam 5 petang tadi, peratusan keluar mengundi adalah 73 peratus manakala pada PRU yang lalu sebanyak 79.1 peratus yang keluar mengundi di Dun N01.
BHM_6356
Bagi Pusat Mengundi Daerah(PDM) Tujoh seliaan jentera dari Terengganu yang mempunyai seramai 2836 pengundi berdaftar menyaksikan jumlah yang keluar mengundi setakat jam 4 petang tadi adalah seramai 2022.
Kemeriahan di kawasan PDM Tujoh lebih meriah apabila Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria serta hampir kesemua barisan Exco turut serta menyertai barisan petugas di kawasan tersebut.
Walaupun berbeza faham politik dan keadaan sedikit tegang di situ, Ahmad Razif sempat bermesra dengan penyokong dari parti pembangkang sambil berseloroh dengan mereka.
Keputusan PRK Pengkalan Kubor akan diumumkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa seawal jam 9 malam ini apabila pengiraan undi selesai.

Pilih Calon Yang Boleh Membantu Rakyat – MB


Ahmad Razif sempat beramah mesra dengan penduduk setempat sebelum berakhirnya masa untuk berkempen
Ahmad Razif sempat beramah mesra dengan penduduk setempat sebelum berakhirnya masa untuk berkempen
Dengan hanya berbaki beberapa jam sebelum berakhirnya proses berkempen, jentera Barisan Nasional (BN) masih kelihatan bersemangat dalam meneruskan perjuangan untuk mengekalkan kerusi di Pengkalan Kubor.
Jentera BN turut dibantu dengan kehadiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang turun padang berkempen di sekitar kawasan kampung.
BHM_5892
Ahmad Razif memulakan kempen untuk hari terakhir ini dengan solat Maghrib dan Isyak bersama penduduk kampung Sungai Tapang di surau kampung terbabit.
Selesai berjemaah dengan penduduk kawasan tersebut, beliau mengingatkan kepada bakal pengundi supaya memilih calon yang tepat semasa membuat undian.
“Pilihan di tangan anda semua, jadi pilihlah calon yang boleh membantu terutamanya dalam membangunkan ekonomi rakyat”, katanya.
Dalam pada itu Menteri Besar serta jentera turut membantu berkempen dari rumah ke rumah sambil ditemani penduduk setempat.
BHM_5745
Menteri Besar kemudiannya meraikan jentera yang turut turun padang dengan sedikit majlis jamuan ringkas.

Hadi Pesan Azmin Tidak Salahguna Harta Selangor


1 (3)Presiden PAS, Dato’ Sri Abdul Hadi Awang menasihatkan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali supaya menunaikan amanah kepada rakyat dengan sebaik mungkin tanpa menyalahgunakan harta di negeri itu.
“Macam yang saya sebut, jawatan adalah amanah.Jadi saya berharap  supaya (Azmin) dapat  menunaikan amanah dan harta Selangor adalah amanah, tidak boleh disalahgunakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sidang DUN, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perlantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkuatkuasa hari ini.
“Saya ucap tahniah pada Azmin kerana dilantik menjadi MB Selangor..kami harapkan supaya kemelut di Selangor selesai dengan baik dan Pakatan Rakyat (PR)  dapat meneruskan pemerintahan mengikut proses yang selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata,  PAS terus kekal dalam PR sebagaimana yang disebut beliau ketika Muktamar Tahunan Pas ke-60 yang lalu dan menafikan PAS pernah meminta jawatan itu sebelum ini.
Abdul Hadi turut menyerahkan kepada Sultan Selangor sama ada mahu mewujudkan kembali jawatan Timbalan Menteri Besar, di mana calon PAS  yang disebut-sebut bakal mengisi  jawatan itu.
Ketika ditanya mengenai majoriti Adun dalam PR yang dikatakan mahu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar sebelum ini, beliau berkata kedudukan Sultan Selangor adalah lebih tinggi dalam menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu.8 (1)
Sementara itu Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dalam ucapan pembukaan Sidang DUN hari ini turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Azmin dan berharap menteri besar baharu itu dapat meneruskan fokus dalam membela nasib rakyat di Selangor.
Mohamed Azmin, 50, mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.42 pagi ini.
Beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008.

Pentas Muktamar PAS Medan Luahan Hati Hadi


MUKTAMAR_PAS_60TH_200914_TMINAZIRSUFARI_31Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang akhirnya meluahkan segala yang terbuku di hatinya berhubung masalah berpanjangan yang dihadapi parti itu dan pakatan pembangkang, setelah lama berdiam diri .
Menggunakan pentas Muktamar Tahunan Pas ke-60 yang berakhir kelmarin, Abdul Hadi membidas pihak yang ‘mencuri’ dua Adun Pas bagi menyatakan sokongan kepada Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Pada sesi penggulungan ucapan itu, Abdul Hadi mendakwa terdapat ‘broker’ dan ‘barua’ yang mencuri dua Adun Pas itu untuk menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR itu untuk jawatan tersebut.
Beliau dalam nada tegas berkata, tindakan berkenaan seolah-olah mengkhianati tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalin dalam PR.
“Curi wakil rakyat kita, adakah ini etika kita bertahaluf? Kita tidak pandang ringan apabila ada dua wakil rakyat kita yang sanggup menyeberang, jadi broker, jadi barua.
“Bukankah setiap wakil rakyat kita sudah berbaiah semasa jadi calon? Mana lebih besar, baiah atau surat akujanji?,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan.
Beliau merujuk kepada tindakan dua Adun PAS Selangor iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharudin yang bersama-sama Adun PKR dan DAP menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa mendapat persetujuan pimpinan PAS yang pada masa itu masih belum membuat sebarang keputusan rasmi.
Beliau turut berkata, PAS tidak ingin merebut jawatan Menteri Besar Selangor tetapi tidak senang dengan layanan PKR kepada parti tersebut tetapi pada masa yang sama mengakui, usaha PKR untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui operasi ‘Langkah Kajang’ itu tidak disenanginya.
“PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar, walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar. Tiada perjanjian bertulis siapa yang (patut) jadi menteri besar, walaupun PAS dapat 15 kerusi, PKR 14 kerusi dan DAP 15 kerusi (di Selangor). Ikut Perlembagaan Selangor, menteri besar mesti Melayu Islam.
“PAS tidak rebut jawatan itu. Tapi ingat di sana ada hukum syarak, jangan ikut hukum akal saja,” katanya.
Katanya, PAS akan tetap perjuangkan peranan sultan dan orang Melayu dalam pemilihan jawatan menteri besar.
“Sultan jaga agama dan Melayu ada peranan dalam negeri itu, jadi PAS tak boleh diam diri. Sabda Nabi SAW, sesiapa yang mengendalikan urusan lalu melantik seseorang kerana kecenderungan bukan sebab kelayakan apatah lagi bukan kerana amanah, maka Allah SWT tidak terima tebusan pengampunan sehingga mereka diseret ke neraka.
“Saya tak bersedia nak bawa ahli PAS ke neraka. Kita perlu campur tangan dan jangan pandang ringan nak beri begitu saja (jawatan Menteri Besar Selangor),” katanya.
Jelasnya, krisis yang berlaku di Selangor juga bukan berpunca daripada PAs sebaliknya salah rakan PR yang lain.
“Pergolakan akhir-akhir ini bukan sebab kita, tapi rakan tahaluf. Ibarat bola sepak, saya sepak bola ke tengah ada orang ambil bola dan masuk gol sendiri,” katanya.
Malah, Abdul Hadi turut mengingatkan PKR dan DAP agar tidak menjadikan PAS sebagai loncatan untuk mencapai matlamat mereka.
“Jangan jadikan PAS sebagai hotel tempat untuk persinggahan. Atau jadikan PAS  jambatan untuk melintas sungai kemudian masuk hutan.
“Walaupun berbeza, kita terima tahaluf dengan PKR, DAP kerana ada titik persamaan. Oleh itu, kita sebagai satu parti kena dukung titik persamaan itu,” katanya.
Beliau turut mengingatkan agar ahli Pas tidak menubuhkan parti lain sebaliknya perlu kekal dalam perjuangan PAS.
“Jangan tubuh jemaah dalam jemaah, parti dalam parti. Kalau dalam solat makmum nak baca kuat daripada imam, pergi buat masjid lain.
“Dan walaupun kita berbeza pendapat, jangan kacau parti rakan. Parti rakan juga jangan kacau parti kita,” katanya.