Pages

Thursday, September 11, 2014

Nawi Ketuai Jentera UMNO Terengganu Di PRK Pengkalan Kubor

prk
UMNO Terengganu akan bekerja keras membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kemenangan di kerusi tersebut.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad telah dilantik sebagai ‘Chief The Mission’ untuk mengetuai kempen di PRK itu dan dibantu Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi.
“Sayap-sayap parti juga telah membuat persiapan dan semua jentera yang bertugas akan berkampung di Pusat Daerah Mengundi (PDM)  Tujoh di DUN berkenaan sehingga hari pengundian pada 25 September ini.
“Kita akan bekerja kuat membantu kempen pada kali ini kerana yakin mampu  memberi impak dan juga maruah kepada UMNO dan BN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di  Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Katanya, beliau percaya peluang untuk BN mengekalkan kerusi itu adalah cerah.
“UMNO Terengganu ditugaskan untuk menjaga PDM Tujoh dan semua wakil rakyat telah ditugaskan untuk menjaga cawangan masing-masing dalam kawasan itu.
“Insha Allah, semua jentera UMNO Terengganu akan membantu dengan sepenuh tenaga,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment