Pages

Wednesday, September 10, 2014

UPSR : 15 Pelajar Catat 5A Dapat Hadiah Lembu

Nawi Mohamad
Hadiah seekor lembu untuk dibuat kenduri menanti mana-mana sekolah di DUN Hulu Besut yang pelajarnya mencatat keputusan cemerlang 5A lebih dari 15 orang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, hadiah itu sebagai insentif kepada pihak sekolah bagi melahirkan murid yang bersungguh-sungguh dalam menduduki UPSR bermula semalam.

“Mana-mana sekolah yang mampu mencapai lebih 15 orang memperoleh keputusan 5A boleh mendapatkan hadiah tersebut daripada saya sebaik sahaja keputusan dikeluarkan sebelum cuti akhir tahun nanti,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri.

Beliau berkata demikian kepada pelajar tahun enam dan guru Sekolah Kebangsaan Alor Keladi, Hulu Besut dalam satu perhimpunan sebelum pelajar berkenaan memasuki dewan peperiksaan.

Sejumlah 3,171 calon daripada 55 buah sekolah di daerah Besut menduduki UPSR kali ini.

Sumber :-  http://teganukita.my/upsr-15-pelajar-catat-5a-dapat-hadiah-lembu/

No comments:

Post a Comment