Pages

Saturday, September 13, 2014

Pengguna Perlu Peka Elak Ditipu


har 4
To” Puan Halina Zakaria (Kiri) bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Seminar Kepenggunaan Puspanita Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini
Pengguna di negeri ini perlu bijak membuat keputusan bagi mengelak terus menjadi mangsa eksploitasi peniaga rakus, terpaksa membayar lebih daripada harga sebenar, selain mungkin memperoleh barangan tidak berkualiti.
Isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, berkata bagi mengelak menjadi mangsa, orang ramai terutama masyarakat luar bandar perlu mengikut perkembangan berkaitan itu melalui saluran tertentu, termasuk akhbar tempatan, saluran televisyen dan menyertai seminar.
Har1
Katanya, maklumat yang diperoleh sekurang-kurangnya mampu menjadi penyelamat, selain mengelak daripada pelbagai penyakit berbahaya.
“Situasi sekarang ini cukup membimbangkan, terutama kepada kanak-kanak kerana pelbagai lambakan produk dan makanan kurang berkhasiat terdapat di pasaran.
“Walaupun ada ibu bapa memantau atau melarang, mereka tetap terpengaruh atau membelinya dengan penjual jalanan di sekolah,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Seminar Kepenggunaan Puspanita 2014, Di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Puspanita Negeri Terengganu, To’ Puan Rohani Abdullah, Timbalan Pengarah Kementerian Perdaganagn Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Alwi Abdul Hamid.
Har2
To’ Puan Halina, berkata dalam kehidupan semakin mencabar, pihaknya tidak boleh menafikan wujudnya pelbagai bentuk penyelewengan yang dilakukan penjual dan pengeluar terhadap pengguna.
“Penyelewengan mungkin berlaku kerana pengguna tidak menyedari akan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna,” katanya..

No comments:

Post a Comment