Pages

Sunday, September 14, 2014

Pemuda Sedia Jawab Tohmahan Dan Fitnah Di Pengkalan Kubor

TUMPAT, 13 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, jentera Pemuda harus bersedia bagi menjawab segala tohmahan dan fitnah yang bakal dilemparkan sepanjang tempoh berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor.
Jelas Khairy, sudah pasti segala fitnah akan dilemparkan kepada Barisan Nasional (BN) kerana walaupun tempoh berkempen belum bermula telah ada fitnah-fitnah yang disebarkan oleh pembangkang termasuklah isu subsidi minyak.
“Semua jentera Pemuda harus bersedia untuk menjawab segala tohmahan. Kita mesti tahu bagaimana untuk menjawab fitnah. Ini penting kerana kita mahu memastikan kerusi Pengkalan Kubor ini terus menjadi milik BN.
“Kita bukan sahaja mahu BN terus kekal di sini tetapi kemenangan tersebut mestilah dengna majoriti lebih besar,” ujarnya ketika berucap merasmikan Jentera Bermotosikal Pemuda UMNO Tumpat di Stesen Bas Tumpat hari ini.
Tambah Khairy, kemenangan BN kelak adalah merupakan hadiah untuk arwah Nor Zahidi yang telahpun menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sepanjang hayatnya.
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR“Saya berharap jentera pemuda akan terus bekerja keras dan turun ke bawah bertentang mata dengan para pengundi untuk menyakinkan mereka bahawa BN adalah parti terbaik untuk terus kekal di sini.
“Kita akan meneruskan kerja keras arwah dan menambahbaikkan apa yang perlu. Legasi arwah harus kita kekalkan. Apa yang penting, jentera harus bekerja keras. Jangan pandang mudah kerusi ini walaupun ianya memang milik kita,” jelasnya lagi.
Sebelum merasmikan jentara bermotosikal, Khairy bersama-sama pemimpin UMNO dan BN yang lain hadir di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat untuk memberi sokongan kepada calon BN, Mat Razi Mat Ail yang bakal berdepan dengan pencabar daripada Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK Pengkalan Kubor diadakan selepas kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment