Pages

Monday, September 22, 2014

Khaled Ketua Polis Daerah Besut Yang Baharu


KHALED
Khaled Che Lah
Polis Daerah Besut mendapat ketuanya yang baru apabila Superintendan Khaled Che Lah, 55, secara rasmi dilantik memegang jawatan berkenaan berkuat kuasa mulai hari ini.
Khaled sebelum ini memegang jawatan Penolong Pengarah Gerakan, Jabatan Keselamatan dan Kententaraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur menggantikan Superintendan Noorzainy Mohd Nor yang memangku jawatan itu sejak sebulan lalu.
Satu majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Besut yang baru berlangsung dalam suasana baik di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Kampung Raja yang disaksikan Timbalan Ketua Polis Terengganu, Dato’  Hashim Abd Jalil.
Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah itu ialah pegawai pegawai kanan polis daerah Besut serta Ahli PERKEP daerah itu.
Noorzainy yang sudah lama tahun berkhidmat di IPD Besut pula akan bertukur ke Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Negeri, Kuala Terengganu, bermula 21 September 2014.
Berucap pada majlis itu, Hashim berharap, semua Ketua Polis Daerah negeri ini menjalin kerjasama erat dengan pemimpin masyarakat setempat terutama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memudahkan urusan tugas polis.
Beliau juga mahu hubungan polis dengan media terus dipertingkatkan dan saling membantu dalam menjalankan tugas masing-masing.

No comments:

Post a Comment