Pages

Thursday, September 11, 2014

44 Klinik Kesihatan Diberi Pengiktirafan Klinik Rakan Bayi

DSC_0051
Jabatan Kesihatan Negeri memberi pengiktirafan kepada 43 daripada 47 Klinik Kesihatan di negeri ini kerana inisiatif menubuhkan Klinik Rakan Bayi  bagi menggalakkan ibu-ibu menggunakan fasiliti ketika mendapat rawatan di klinik terbabit.
Selain itu semua enam Hospital Daerah juga turut diberi pengiktirafan sama kerana menyediaakan kemudahan yang dikenali sebagai Hospital Rakan Bayi (HRB).
Pengarah Kesihatan negeri, Dato’ Dr Anwa Sulaiman berkata, tiga lagi klinik yang belum diiktiraf adalah masing-masing di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Cerol, Kemaman.
Katanya, penubuhan Klinik dan Hospital Rakan Bayi memberi impak besar kepada peningkatan amalan penyusuan susu ibu dikalangan wanita terutama ibu-ibu di negeri ini.
Sebab itu,katanya, Terengganu menduduki tempat teratas dengan mencatat 53.3 peratus penyertaan ibu-ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayi masing-masing.
Katanya, rekod itu mengatasi peratusan peringkat nasional yang hanya mencatat 43 peratus dikalangan ibu-ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh Isteri Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Halina Zakaria di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong di Jertih hari ini.
Pada majlis itu Halina turut menyampaikan Anugerah Ibu Contoh dan Anugerah Pengiktirafan Klinik Rakan Bayi yang terpilih.

No comments:

Post a Comment