Pages

Monday, September 22, 2014

MB Rakam Penghargaan Kepada PM Umum Kuala Nerus Daerah Baharu


BHM_4534
Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (Tiga kanan) dan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (Dua kanan) menadah tangan mengaminkan doa sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman hari ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di atas pengumuman Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang baharu.
Ahmad Razif dalam satu kenyataan berkata pengumuman daerah kelapan di Terengganu itu amat dinantikan oleh lebih daripada 200,000 penduduk di Kuala Nerus.
“Pembangunan pesat di Kuala Nerus membuktikan bahawa Kuala Nerus layak menjadi sebuah daerah baharu dan seterusnya menjadi daerah yang kelapan di Terengganu,” katanya.

No comments:

Post a Comment