Kempen yang masuk hari ketujuh hari ini semakin rancak dengan menyaksikan BN dan PAS memperhebatkan jentera masing-masing menjelang hari pengundian Khamis ini.
Jentera BN dilihat lebih menyerlah dengan kelibat kumpulan peraih-peraih undi terus aktif dan mula memasuki kawasan-kawasan yang lazimnya menjadi kubu kuat pembangkang.
Jentera BN turut dibantu dengan kehadiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang turun padang berkempen dari rumah ke rumah bagi membantu jentera BN.
Suasana di Pusat Daerah Mengundi Tujoh yang dibantu jentera BN Terengganu dan bilik-bilik gerakan sekitar Pengkalan Kubor juga semakin sibuk dengan kelibat anggota jentera keluar masuk.
Ahmad Razif memulakan kempen dari rumah ke rumah dengan mengunjungi orang kelaianan upaya (OKU), Sabri Rozali yang berusia 45 tahun.
Menurut ibu Sabri, Tuan Zaharah Tuan Mat, 65, Sabri telah menghidap penyakit ini sejak lahir.
“Sabri menghidap penyakit ini sejak lahir lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu kerana sudi melawat serta mengesyorkan masalah anak saya kepada HUSM ( Hospital Universiti Sains Malaysia) untuk dirujuk”, katanya.
Dalam masa yang sama, Menteri Besar turut melawat sebuah lagi rumah yang mempunyai OKU, Noriza Mohamed, 33, yang mempunyai masalah pendengaran.
“Noriza akan dirujuk kepada wakil kami disini dan mungkin diberi alat bantuan pendengaran”, kata Ahmad Razif.
Turut serta, isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad dan Setiausaha UMNO Negeri, Muhammad Pehimi Yusof.
No comments:
Post a Comment