Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dengan kerjasama Majlis Sukan Kolej-Kolej Komuniti (MASKOM) mengambil inisiatif menjayakan Kejohanan Sukan Kolej Komuniti 2014, di sekitar Kuala Terengganu selama empat hari bermula 26 September ini.
Ketua Jabatan Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Mohamed Kamel Ali, berkata kejohanan diadakan bertujuan mengenal pasti bakat pelajar untuk diketengahkan sebagai wakil kolej, negeri atau negara ke persada sukan antarabangsa.
“Selain itu, kita mahu memupuk semangat kerjasama, setiakawan dan hubungan mesra sesama pelajar dan antara institusi terlibat serta memupuk semangat perpaduan, kekeluargaan, nilai- nilai positif dan sahsiah sepadu di kalangan pelajar kolej komunti yang terlibat.
“Penganjuran itu juga dapat merealisasi matlamat kementerian agar dapat mencapai Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi untuk melahirkan 30 peratus atlit negara yang terdiri dari pelajar IPT,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.
Kejohanan yang dianjurkan Kolej Komuniti Negeri Terengganu akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Mohd Noor di Pengkalan Unit 6 Polis FRU, Wakaf Tapai , jam 8.30 malam (26 Sepember).
Mohamed Kamel berkata, pengisian program termasuk pertandingan bola tampar, bola jaring, sepak takraw dan badminton (di Pengkalan Unit 6 Polis FRU Wakaf Tapai), boling (Terengganu Equestarian Resort, Kuala Terengganu) serta petanque di Sekolah Menengah Kebangsaan Manir.
No comments:
Post a Comment