Pages

Sunday, September 14, 2014

PRK Pengkalan Kubor : Calon BN Mampu Galas Kepercayaan Penduduk

PENGKALAN KUBOR, 13 Sept –Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein berkata, beliau secara peribadi meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.
Jelas Hishammuddin, ini adalah kerana bekas Adun Pengkalan Kubur, Allahyarham Noor Zahidi adalah rakan baik beliau.
“Arwah adalah teman rapat saya. Sebab itu saya merasakan PRK ini adalah penting bagi meneruskan kesinambungan kerja-kerja yang telah dilakukan arwah.
“Apa yang penting adalah cara bagaimana kita dapat pastikan agar pesanan bahawa kita akan meneruskan legasi arwah ini dapat disampaikan kepada orang ramai.
“Sebagai kawan rapat kepada arwah, saya memberi jaminan bahawa BN dan UMNO tidak akan mensia-siakan apa yang telah dilakukan oleh arwah selama hayatnya. Apa yang telah dilakukannya boleh dijadikan contoh oleh wakil-wakil rakyat yang lain sebab arwah mengenali setiap individu itu dengan baik sekali.
“Oleh itu saya juga berharap agar perkara ini dapat diterjemahkan oleh calon kita sekiranya diberi tempat untuk mewakili masyarakat di sini,” jelasnya kepada UMNO-Online.
Mat-Razi-Mat-AilSelain itu jelas Hishamudin, setakat ini respon yang diterima berkaitan calon amat baik dan ini memberi harapan bahawa BN akan dapat mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, BN akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kubu BN di Pengkalan Kubor ini dikekalkan.
“Kita memapunyai calon yang baik. Anak tempatan dan mempunyai latar belakang pendidikan yang baik serta berpengatahuan agama yang baik. Keperibadiannya juga baik.
“Beliau seorang yang tawaduk dan mesra rakyat. Ciri-ciri ini amat penting di negeri Kelantan. Saya amat berharap agar calon kita Mat Razi Mat Ail dapat meneruskan perjuangan dan legasi Datuk Zahidi,” jelasnya.
Selain itu terang Ahmad Maslan, pihaknya akan membuat penjelasan kepada orang ramai berkenaan siapakah calon BN ini dan apakah yang boleh dilakukannya untuk meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Zahidi. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment