Pages

Monday, September 22, 2014

Malam Cinta Allah dan Rasul Berjaya

selawat
Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan pelajar-pelajar sekolah yang hadir pada Malam Cinta Allah dan Rasul Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak,Kuala Terengganu, malam tadi. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Hampir 10,000 orang pelbagai lapisan umur membanjiri Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus malam tadi untuk bersama-sama berselawat dan mengikut alunan qasidah yang disampaikan kumpulan selawat Yayasan Sofa Negeri Sembilan.
Selawat 11
Antara persembahan nasyid dan selawat pada Malam Cinta Allah dan Rasul
selawat2
selawat 5
Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin (Dua kiri),Sultanah Terengganu,Sultanah Nur Zahirah (Dua kanan),Menteri Besar,Dato Ahmad Razif Abd Rahman (Kiri) dan Isteri,Toh’ Puan Halina Zakaria (Kanan) turut berselawat bersama-sama orang ramai
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menyerikan majlis bertemakan ‘Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan anjuran kerajaan Terengganu.
Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Halina Zakaria; Setiuasaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong.
Orang ramai yang majoritinya berpakaian jubah warna putih mula membanjiri stadium tertutup seawal jam 8 malam bagi mengikuti pelbagai pengisian program berbentuk keagamaan disediakan penganjur.
Selawat3
Para peserta antaranya terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belia, pelajar sekolah, mahasiswa universiti tempatan dan luar negara, golongan profesional serta ahli korporat.

No comments:

Post a Comment