Pages

Monday, September 15, 2014

Malaysia Tewas 0-3 Kepada Korea Selatan


Kempen Sukan Asia bermula dengan aksi pertama yang mana pasukan Malaysia tewas 0 – 3 kepada tuan rumah Korea Selatan pada perlawanan sulung Kumpulan A di Stadium Munhak, petang semalam.

Tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi tandukan Rim Chang Woo pada minit ke-27 sebelum penyerang Piala Dunia, Kim Shin Wook menambah gol kedua pada minit ke-78 dan Kim Seung Dae empat minit kemudian.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee masih mempunyai harapan dengan syarat mengatasi Laos dan Arab Saudi, dua lagi pasukan dalam kumpulan itu, bagi memastikan tempat ke pusingan kedua.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan A, Arab saudi mengalahkan Laos 3-0.

Malaysia akan berdepan Laos pada perlawanan kedua kumpulan manakala Korea Selatan akan menentang Arab Saudi pada Rabu ini dan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Ansan Wa.

Pada kejohanan kali ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan skuad B-23 mara sehingga ke peringkat suku akhir dan didalam rekod pasukan Malaysia pernah memenangi pingat gangsa sebanyak dua kali iaitu pada edisi 1962 di Jakarta, Indonesia dan 1974 di Tehran, Iran.

Sumber :-  http://teganukita.my/malaysia-tewas-0-3-kepada-korea-selatan/

No comments:

Post a Comment