Pages

Thursday, September 11, 2014

Terengganu Peneraju Pertama Tubuh Majlis Integriti Negeri



Terengganu berhasrat untuk menjadi negeri pertama di Malaysia dalam merealisasikan penubuhan Majlis Integriti Negeri yang bertujuan untuk meningkatkan integriti di kalangan pegawai dan penjawat awam di negeri ini tidak lama lagi.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kewujudan majlis itu selaras dengan penubuhannya di peringkat pusat sekaligus menepati konsep pentadbiran kerajaan negeri yang menggerakkan Transformasi Terengganu Baru dan Terengganu Terbersih.

“Dalam masa terdekat saya akan adakan pertemuan bersama Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pengarah SPRM Terengganu bagi membincangkan hasrat Kerajaan Terengganu menubuhkan Majlis Integriti Negeri.


“Kebetulan sekarang ini kita mempunyai tiga orang kepakaran di kalangan pegawai kanan kerajaan yang menjalani kursus bagi mendapat pengiktirafan sebagai pegawai integriti bertauliah yang ada lesen dari SPRM. Jadi mereka akan ditugaskan menganggotai Majlis Integriti Negeri,” katanya kepada media selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma darul Iman, semalam.

Tambah Ahmad Razif, majlis itu nanti akan berperanan sebagai badan yang melaksanakan pencegahan dan bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti, kempen, penerangan serta menyampaikan informasi kepada pegawai dan kakitangan awam.

“Penubuhannya bergantung kepada perbincangan lanjut dengan pihak SPRM dan sekiranya berjaya mencapai kesepakatan kerajaan negeri bersedia menjadi negeri pertama melancarkan majlis itu di negara ini,” ujarnya.

Sumber :- http://teganukita.my/terengganu-peneraju-pertama-tubuh-majlis-integriti-negeri/

No comments:

Post a Comment