Pages

Monday, September 22, 2014

JPNT Perlu Wujud Makmal Jayakan 20 10 5 2


Datuk Ahmad Razif Abd Rahman
Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di minta mewujudkan makmal khas bagi mengenalpasti keberkesananan Program 20 10 5 2 yang diperkenalkan kerajaan negeri tiga tahun lalu.
Program yang diperkenalkan melalui gerakan Pecutan Standard Tinggi (PESAT) itu mesasarkan keputusan 20 peratus dalam UPSR, 10 peratus (PMR), 5 peratus (SPM) dan 2 peratus (STPM).
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan perlu memastikan pihak berkaitan benar-benar merancang dan mengatur pelan strategi supaya apa yang dirancang itu mencapai sasaran.
Katanya, merealisasikan Program 20 10 5 2, menjadi matlamat utama, oleh itu pada tahun depan kerajaan akan terus memperkasakan sekolah-sekolah imtiaz, teknik, premier dan sekolah berasrama penuh.
“JPNT seboleh-bolehnya perlu membuat persiapan dan persediaan secara tersusun.
“Kerajaan tidak mempunyai masalah baik dari segi kotmimen, tenaga, masa dan juga peruntukan untuk merealisasikannya, yang pasti hanya mahu melihat kejayaan anak didik Terengganu,” katanya.
Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan melalui Universiti Malaysia Terengganu akan memperkenalkan saintis dari Amerika Syarikat kepada pelajar-pelajar cemerlang.
“Usaha itu dianggap penting, kerana pelajar yang terlibat boleh bersama-sama berkongsi pengalaman, menemubual dan berkongsi cerita dengan saintis terhebat itu di mana kini masih berada di Terengganu,” katanya.

No comments:

Post a Comment