Pages

Saturday, September 13, 2014

Pelajar Terharu Sikap Cakna Kerajaan


S4
Siti Shahirah
“Saya terharu kerana Kerajaan Terengganu sering mengambil cakna perihal pelajar sama ada berkata kebajikan atau peruntukan.
“Kami Bertuah kerana dilahirkan di Terengganu, bukan saja memperoleh pelbagai bantuan belajar, malah kelas tambahan dan dapat mengikuti beberapa program bersama pakar motivasi terkenal,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Siti Shahirah Bakar, 17.
Siti Shahirah ditemui teganukita pada Majlis Sentuhan Sayang Menteri Besar Bersama Pelajar Peperiksaan Awam, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.
Kira-kira 4,000 calon PMR dan SPM hadir pada majlis itu bagi mendengar amanat Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan mengikuti program khas yang dikendali Pakar Motivasi terkenal, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.
s3
Siti Hamidah
Pelajar, Siti Hamidah Omar,17, berkata dia berterima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Terengganu kerana sudi membawa Pakar Motivasi terkenal, semata-mata mahu menyuntik semangat kami yang mahu mengambil peperiksaan SPM tahun ini.
“Saya berjanji akan melakukan yang terbaik dalam peperikasaan itu nanti, tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa, guru dan juga kerajaan,” katanya.
S2
Muhammad Hanis
Manakala pelajar Sekolah Teknik Terengganu Muhammad Hanis Rusydi,17, berkata apa yang dilaksanakan sekolah dan kerajaan dengan membawa seorang pakar motivasi adalah satu langkah dan tindakan yang sangat dipuji.
“Sebagai anak jati Terengganu, terutama yang masih bergelar pelajar seharusya bersyukur dan berterima kasih di atas sikap cakna dan keprihatinan itu,” katanya.
s1
Mohd Aminuddin
Pelajar lain, Mohd Aminuddin Mamat,17 pula memberitahu berasa cukup rugi sekiranya pelajar yang hadir pada program itu tidak mengambil manfaat.
“Bukan mudah untuk mendapat ilmu daripada golongan professional yang juga pakar motivasi, jika diluar Terengganu, setiap kali mahu mengikuti program sudah tentu perlu membayar dalam jumlah yang besar,” katanya.





No comments:

Post a Comment