Pages

Saturday, September 13, 2014

Bank Islam Serah RM550,000 Zakat Perniagaan


BHM_2113
Zukri Samat (Kiri) menyerahkan replika cek kepada Dato’ Omar Pilus (Dua kanan) sambil disaksikan oleh Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (Dua kiri) dan Dato’ Mohd Rozali Saleh (Kanan) pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bank Islam kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Riyaz Heritage Marina Resor & Spa,Pulau Duyung. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
Bank Islam Malaysia Berhad hari ini menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM500,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam).
Majlis penyerahan itu disempurnakan Pengarah Urusannya, Dato’ Sri Zukri Samat kepada Yang Dipertua Maidam, Dato’ Omar Pilus dengan disaksikan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di Riyaz Heritage & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Menurut Zukri, sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menunaikan zakat perniagaan, Bank Islam setiap tahun akan menunaikan tanggungjawab tersebut kepada semua negeri.
“Selain menghulurkan wang zakat untuk golongan asnaf fakir dan miskin, Bank Islam juga memperuntukkan wang zakatnya untuk tujuan lain seperti membiayai pembinaan rumah, masjid, surau, sekolah agama dan membantu badan-badan bukan kerajaan (NGO) menjalankan aktiviti serta program dkwah dan pembangunan ummah.
BHM_2121
“Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, Bank Islam membayar zakat perniagaan berjumlah RM12,428,301 kepada pihak berkuasa zakat negeri-negeri di Malaysia”, katanya.
Dalam pada itu, Bank Islam turut menyumbang sebuah van kepada anak yatim dari Tunas Harapan Darul Hilmi.
Bank Islam juga menghulurkan sumbangan zakat berjumlah RM30,000 kepada pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) manakala sebanyak RM20,000 diserahkan untuk pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
“Sumbangan ini disalurkan sebagai satu langkah keprihatinan kami dalam membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka”, ujarnya.

No comments:

Post a Comment