Pages

Thursday, September 11, 2014

Kerajaan Negeri Tubuh Yayasan PBT

2 (18)Kerajaan negeri berhasrat mewujudkan Yayasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terengganu bagi menyelesaikan isu kemiskinan di seluruh negeri.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, yayasan berkenaan akan dilancarkan dalam masa terdekat meliputi lapan daerah termasuk Kuala Nerus yang bakal  dipengerusikan oleh Yang Berhormat di kawasan masing-masing.
“Yayasan PBT akan mencari sumber kewangan sendiri untuk membantu orang miskin dan  berusaha mengeluarkan mereka dari kesusahan dengan memberikan pinjaman modal bagi memulakan perniagaan dan membayar rumah sewa.
“Seterusnya kita juga akan memikirkan cara untuk mewujudkan tabungan bagi mengisi dana yayasan itu nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di  Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Katanya, setiap daerah akan mewujudkan yayasan masing-masing dan mengenalpasti kaedah bagi mengisi tabungan sekaligus menyelesaikan isu kemiskinan di PBT mereka.

No comments:

Post a Comment