Pages

Thursday, September 11, 2014

Imtiaz Setiu RM70 Juta Dibina Tahun Depan



Sebuah sekolah Imtiaz akan dibina di Daerah Setiu mulai tahun hadapan dalam usaha kerajaan negeri mewujudkan sebuah sekolah Imtiaz bagi setiap daerah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata, Sekolah Imtiaz Setiu akan dibina di Kampung Banggol di atas tanah seluas kira-kira 24 hektar melibatkan peruntukan RM70 juta.

“Kita telah kenalpasti tapak untuk Sekolah Imtiaz itu di Kampung Banggol yang mempunyai kawasan yang luas (80 hektar), tetapi untuk pembinaan Sekolah Imtiaz itu kita hanya memerlukan kawasan seluas kira-kira 24 hektar sahaja.

“Manakala kawasan selebihnya, kita akan bangunkan serentak dengan sekolah-sekolah rendah atau institusi yang lain iaitu dengan kata lain, kawasan berkenaan akan dijadikan pusat pertumbuhan baru di daerah itu,” katanya.

Ghazali berkata, sebelum ini kerajaan baru selesai menyiapkan sebuah sekolah Imtiaz bagi Daerah Kemaman yang dibina sejak dua tahun lepas.

Katanya, sekolah Imtiaz di Kemaman itu yang menelan belanja kira-kira RM70 juta dijangka akan memulakan operasinya pada Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, sehingga ini lima daerah di negeri itu iaitu Kuala Terengganu, Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman telah mempunyai sekolah Imtiaz kecuali Setiu dan Marang.

Sumber :-  http://teganukita.my/imtiaz-setiu-rm70-juta-dibina-tahun-depan/

No comments:

Post a Comment