Kerajaan negeri bakal membina lebih 500 Rumah Mampu Milik (RMM) di lokasi terpilih setiap Parlimen dengan dilengkapi insfrastruktur tertentu, termasuk bangunan kedai dan taman permainan, mulai tahun depan.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu Sidang dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa setiap Parlimen perlu mencadangkan mana-mana kawasan yang bersesuaian dan luas untuk pembinaan RMM di atas setiap lot tanah.
“Melalui projek itu, kerajaan negeri mahu mengelak membina RMM secara bertingkat, kerana kebanyakan pemilik lebih selesa mendiami rumah di atas lot kediaman masing-masing.
“Usaha itu secara tidak langsung dapat membantu mana-mana penduduk, terutama yang tidak mampu membeli tanah memiliki lot kediaman “ katanya ketika menjawab soalan Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi).
Menurutnya, dalam aspek itu, kerajaan negeri mahu memastikan setiap keluarga mempunyai satu rumah.
“Bagi memastikan usaha itu memcapai matlamat, kita akan memperbanyakkan kediaman berkonsepkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin teres di setiap DUN,” katanya.
No comments:
Post a Comment