Pages

Sunday, September 14, 2014

Sultan Terengganu Hadiri Festival Peranakan Terengganu

fes3
Sultan Mizan berkenan berangkat ke Festival Peranakan Terengganu di Jalan Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Festival Peranakan Terengganu di Jalan Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.
Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman;  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebuadayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.
Pada majlis itu, Tuanku Mizan berkenan menyaksikan 24 perarakan, termasuk persembahan orang peranakan Terengganu yang lahir di kawasan itu sejak beratus tahun lalu
Fes4
Orang ramai menyaksikan persembahan pada Festival Peranakan Terengganu
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu, Dato’ Low Kian Chuan berkata festival julung kali diadakan itu turut memperkenalkan tradisi masyarakat Cina dahulu serta pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat berkenaan.
“Di Terengganu kita mahu orang ramai tahu tentang Mek dan Awang yang mempunyai sejarah makanan, budaya serta cara hidupnya yang seakan serupa dengan masyarakat Melayu.
“Jadi dengan adanya festival ini ia bukan sahaja mampu menghidupkan kembali nostalgia lama malah mampu membantu memperkenalkan Terengganu,” katanya.
Sepanjang festival sembilan hari, berakhir 20 September itu dijangka mampu menarik 50,000 pengunjung.
Mereka yang hadir disajikan dengan pelbagai acara termasuk tarian, demonstrasi masakan, pameran binatang eksotik dan taichi.
Sepanjang penganjuran festival itu, hotel serta restoran turut menjalin kerjasama dengan menyajikan makanan orang peranakan Terengganu.

No comments:

Post a Comment