Pages

Monday, September 22, 2014

22,297 Peserta Bakal Menyertai LAJSM 2014


Dato' Rozi menunjukkan laluan yang akan digunakan oleh peserta larian jambatan Sultan Mahmud sejauh 42 kilometer ketika Sidang Media Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud di Wisma Darul Iman,Kuala Terengganu
Dato’ Rozi menunjukkan laluan yang akan digunakan oleh peserta larian jambatan Sultan Mahmud sejauh 42 kilometer ketika Sidang Media Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud di Wisma Darul Iman,Kuala Terengganu
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2014 yang bakal berlangsung 27 September ini mendapat sambutan yang menggalakkan apabila menerima pendaftaran awal seramai 22,297 peserta dari dalam dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat berkata LAJSM buat kali ketiga ini mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila melepasi sasaran awal.
“Sasaran awal kami hanyalah 10,000 penyertaan dan tidak menyangka peningkatan yang mendadak untuk tahun ketiga LAJSM ini.
“Pihak jawatankuasa telahpun membuat persediaan yang rapi bagi menerima peserta yang ramai ini. Insyaallah LAJSM kali ini bakal berjalan lancar”, katanya yang ditemui di sidang media untuk LAJSM 2014 di Wisma Darul Iman hari ini.
Rozi berkata bagi tahun ini sedikit tambahan dilakukan untuk memeriahkan lagi LAJSM.
“Sempena dengan LAJSM ini, kami turut mengadakan karnival selama seminggu, bermula semalam (20 September) dengan diselitkan beberapa aktiviti sampingan, termasuk selawat perdana oleh penceramah terkenal, Don Daniyal Don Biyajid  lebih dikenali Ustaz Don, ‘Car Booth Sale’ serta pertunjukan pentas,”” tambahnya.
Bagi tahun ini, sebanyak 12 kategori dipertandingkan antaranya, lelaki antarabangsa, wanita antarabangsa, lelaki Malaysia terbuka, wanita Malaysia terbuka, lelaki dan perempuan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan hadiah keseluruhan bernilai RM278,800.
“Hadiah keseluruhan yang ditawarkan cukup lumayan iaitu RM278,800 di mana tempat pertama bagi kategori lelaki antarabangsa bakal membawa pulang RM18,000 dan kedudukan sama bagi terbuka wanita pula RM10,000″, katanya.

No comments:

Post a Comment