Pages

Monday, September 15, 2014

Majlis Ihtifah ‘Ilmi Mampu Cungkil Bakat Pelajar


Seramai 560 pelajar dari seluruh negara menyertai Majlis Ihtifah ‘Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia peringkat Kebangsaan, Akademi Binaan Malaysia Jenagor, Hulu Terengganu.

Majlis itu menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di Sekolah Agama Negeri (SMAN) dan Rakyat (SMAR) di samping akademik yang menjadi aset utama yang di nilai untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.

Program selama empat hari tiga malam itu bertujuan mempromosikan kesenian berunsurkan islam di kalangan masyarakat untuk mengajak pengemar dan pendengarnya mengingati Allah dan membuat kebaikan dan menjana perkembangan minda yang positif.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Bin Salleh, berkata melalui propgram itu dapat mengukur sejauh mana kebolehan dan mengukur pemahaman peserta yang terlibat.

“Selain dapat mengamalkan cara hidup sebagai muslim sejati sebagimana yang terkandung dalam kurikulum Tilawah Al Quran melalui Hafazan Al Quran, Syarahan, Perbahasan, Nasyid dan khat,” katanya.

Sumber :- http://teganukita.my/majlis-ihtifah-ilmi-mampu-cungkil-bakat-pelajar/

No comments:

Post a Comment