Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Masagos Zulkifli membuat lawatan kerja dua hari ke Terengganu mulai Selasa.
Menurut Bernama, Kementerian Hal Ehwal Luar berkata lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha republik itu untuk memperkukuh hubungan antara Singapura dengan negeri-negeri di Malaysia, termasuk untuk mempromosi hubungan ekonomi lebih erat dan rancangan pertukaran sesama rakyat.
Masagos dijadual menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering.
Beliau akan mengunjungi Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, selain bertemu anggota Dewan Perniagaan dan Industri Melayu dan Cina.
Menteri Singapura itu akan juga diberi taklimat oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
No comments:
Post a Comment