Pages

Tuesday, September 23, 2014

Pantai Teluk Bidara Gamit Pelancong


Pantai Teluk Bidara di Kampung Seberang Pintasan, Dungun memiliki tarikan dan aura tersendiri dalam memikat hati pengunjung untuk meluangkan masa serta beristirehat.

Batu Besar yang berada di persisiran pantai seakan mengamit pengunjung supaya singgah walaupun seketika.

Jika singgah pasti mereka tertarik dengan panaroma semula jadi, air laut yang jernih membiru, tiupan angin sepoi-sepoi dan pasir yang memutih mengindahkan landskap alam.

Pantai yang sememangnya sering menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar Terengganu itu terletak berhampiran penginapan terkenal, Tanjong Jara Beach Resort dan Pantai Batu Pelanduk.


Dihujung pantai itu terdapat rumah api yang mempunyai reka bentuk yang cukup unik. Pemandangan disini menjadi lebih cantik jika dilihat dari puncak bukit tersebut.

Tidak ketinggalan turut terpilih sebagai lokasi penggambaran drama atau filem terkenal. Pendekatan itu secara tidak langsung mampu mempromosikan kecantikan dan keindahan pantainya kepada masyarakat di serata tempat.

Jarak pantai ini dari Kuala Dungun hanya dua kilometer dengan melalui jambatan yang menghubungkan Seberang Pintasan dan Kuala Dungun.

Untuk kemudahan pengunjung, beberapa kemudahan seperti bilik persalinan, pondok rehat, tandas awam, gerai menjual makanan dan minuman.

Malah, pantai itu juga cukup sesuai untuk aktiviti sukan seperti bola sepak pantai dan bola tampar.

Lagi menggembirakan sekiranya dapat meluangkan masa untuk berkelah dan mengadakan barbeku bersama rakan dan insan tersayang.

Sumber :- http://teganukita.my/pantai-teluk-bidara-gamit-pelancong/

No comments:

Post a Comment