Kerajaan Terengganu memperuntukkan kira-kira RM350,000 untuk mewujudkan tujuh koperasi dan pusat pengumpulan hasil projek ‘Jom Menanam’ di negeri itu tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Nawi Mohamad berkata setiap koperasi akan diberi bantuan RM50,000 untuk beroperasi.
“Di Terengganu kita ada tujuh kawasan parlimen dan setiap kawasan parlimen kita wujudkan satu koperasi dan pusat pengumpulan hasil program ‘Jom Menanam’,” katanya.
Menurut Nawi, kerajaan negeri telah menggerakkan program ‘Jom Menanam’ di tujuh kawasan parlimen yang melibatkan kira-kira 2,000 peserta di setiap kawasan.
“Program itu yang melibatkan tanaman sayur membabitkan pelaburan kira-kira RM1 juta dan hasil pertama dijangka dituai Oktober ini.
“Tahun depan kita akan laksana program musim kedua, tetapi kali ini kita akan lebih tumpukan kepada ternakan seperti ayam kampung dan ikan keli,” katanya.
No comments:
Post a Comment