Pages

Monday, September 15, 2014

E-Aduan Dilancar November Ini


razif1 

Kerajaan negeri sedang mengemaskini sistem e-Aduan sebagai medium untuk rakyat memberi maklum balas, cadangan, pertanyaan atau menyampaikan idea kepada kerajaan negeri, sebelum dilancarkan November ini.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sistem yang dikendalikan oleh Pusat Transformasi Rakyat Terengganu (PUTRA) itu membolehkan aduan rakyat dapat disalurkan dengan lebih mudah, efisyen dan cepat.

“Sistem itu sedang dikemaskini sebelum beroperasi sepenuhnya dua bulan lagi. Apa juga masalah rakyat boleh disalurkan melalui laman web, datang terus atau menerusi sistem pesanan ringkas yang akan diterima terus oleh (PUTRA) di Pejabat Menteri Besar.

“Saya akan melihat dari segi peratusan penyelesaian isu-isu yang kita salurkan untuk tindakan setiap jabatan terhadap sebarang aduan tadi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, baru-baru ini.

Ahmad Razif berkata, usaha itu antara lain bagi meningkatkan lagi kecekapan dan menambahbaik perkhidmatan kerajaan negeri menerusi konsep Transformasi Terengganu Baharu.

Pada 24 Jun lalu, Menteri Besar mengumumkan untuk melaksanakan sistem itu di Majlis Kenduri Sekampung di Kampung Jongok Batu, Bukit Besi, Dungun.

Inisiatif itu merupakan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat dan disokong oleh perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sumber :- http://teganukita.my/e-aduan-dilancar-november-ini/

No comments:

Post a Comment