
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan meneruskan projek itu sebagaimana perancangan awal, bagaimanapun akan melaksanakan penambahbaikan dan penyesuaian dari aspek kos dan kaedah pelaksanaan.

“Setiap projek yang yang sudah dan sedang dirancang akan diteruskan. Cuma akan dilakukan penambahbaikan dan penyesuaian dari segi kos, cara pelaksanaan dan sebagainya.
“Jadi kerana itu, kerajaan bercadang pada masa sekarang ini untuk menubuhkan Majlis Pembangunan Pelancongan Negeri Terengganu membantu kerajaan bagi mengenalpasti apa keperluan dan perkara yang perlu dilaksanakan di Tasik Kenyir bagi mengelak dari menjadi `gajah putih’,” kata beliau ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Abdul wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam), di sidang DUN, pagi ini.

Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir menjelaskan, kerajaan negeri tidak mahu setiap projek yang sedang berjalan terhenti begitu sahaja kerana ia akan menimbulkan lebih banyak masalah, sekaligus mengundang tohmahan di kalangan rakyat khususnya pembangkang terhadap kerajaan.
Beliau memberitahu, projek pembangunan pulau itu dijangka akan dibuka pada September 2015.
Tambah beliau, Kerajaan Pusat turut bersetuju membantu Terengganu bagi merealisasikan usaha pembangunan di Tasik kenyir itu termasuk membawa lebih ramai pelabur luar bekerjasama bagi memajukan pusat pelancongan itu nanti.
“Saya sudah mendapat komitmen daripada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak kerana Kerajaan Pusat juga akan turut membantu bagi membangunkan (Pulau Bebas Cukai) Tasik Kenyir, selain mempelawa pelabur dari luar supaya sama-sama membangunkan pulau itu.
“Supaya impak pembangunannya nanti bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat, malah Terengganu secara keseluruhannya,” katanya.

Mohd Jidin (BN-Permaisuri) menjelaskan demikian sebagai menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) berkata, kerajaan negeri menjangkakan pulau bebas cukai itu akan siap pada September 2015 sebelum memulakan operasinya pada akhir 2015 atau pada awal 2016 .
Mengenai jumlah peruntukan yang dikeluarkan kerajaan negeri bagi pembinaan Pulau Bebas Cukai, Mohd Jidin berkata, kos keseluruhan projek bernilai RM226.9 juta dan sejumlah RM108.4 juta sudah dibelanjakan setakat ini.
No comments:
Post a Comment