Monday, September 15, 2014
Nelayan Terengganu Catat Rekod Guinness
Terengganu memahat sejarah apabila perarakan bot terbesar yang disertai 1,180 bot nelayan, semalam berjaya dicatatkan dalam Guinness World Records.
Perarakan dari Kuala Dungan ke Kuala Kemaman sejauh 100 kilometer dengan kibaran Jalur Gemilang itu mengatasi rekod perarakan 670 bot di Sungai Thames, London pada 2012.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek kejayaan itu membuktikan kesungguhan dan kecekalan golongan nelayan melalui semangat Merdeka.
“Ini juga boleh dijadikan dorongan kepada rakyat Malaysia lain untuk sama-sama mengibar Jalur Gemilang di mana sahaja mereka berada.
“Penyertaan nelayan hari ini menyemarakkan sambutan bulan Kemerdekaan bagi membuktikan mereka bangga menjadi nelayan, dan hari ini mereka mahu membuktikan mereka cintakan Malaysia kepada dunia,” katanya kepada pemberita selepas sambutan perarakan bot nelayan itu di Dataran Kuala Kemaman, semalam.
Shabery berkata dengan tema ‘Malaysia…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’, golongan nelayan membuktikan mereka juga mampu untuk mengukir nama Malaysia dalam rekod dunia.perarakan ini merupakan yang terbesar di dunia dan usaha ini harus diteruskan bagi memperkenalkan lagi Malaysia di mata dunia.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman dan Pegawai Pembangunan Parlimen, Dato’ Din Adam
Kira-kira 15,000 pengunjung turut membanjiri lokasi acara bagi menyaksikan sendiri usaha nelayan tempatan dalam melakar rekod dunia itu.
Tambahya lagi, perarakan ini bukan hanya untuk memecah rekod dunia, tapi juga untuk memberi penghargaan kepada nelayan kita.
“Selain dari dapat memecah rekod dunia yang sebelum ini hanya mengumpulkan 670 bot di Sungai Thames, London, kita juga dapat membuktikan wujudnya perpaduan di kalangan nelayan di sekitar kawasan ini”, katanya.
Sumber :- http://teganukita.my/nelayan-terengganu-catat-rekod-guinness/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment