Pages

Monday, September 22, 2014

Terengganu Serius Tangani NCD

download
Muhammad Pahemi
Kerajaan negeri memandang serius mengenai masalah dan beban penyakit tidak berjangkit (NCD), selain komited menanganinya yang kini dikesan semakin meningkat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, penyakit NCD perlu diberi perhatian serius, terurama berkaitan diabetes, hipertensi, strok, kanser dan pelbagai penyakit kronik lain..
“Perkara itu perlu dipandang serius kerana Terengganu kini antara negeri yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi menghidapi penyakit itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) peringkat Terengganu di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abd. Rahman; Pengarah Kesihatan negeri Dato’ Dr. Anwa Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Nor Hazelina Hashim.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) merupakan agensi kerajaan pertama menjadi rakan strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjayakan Kospen.
Muhammad Pehimi memberitahu Kospen Terengganu akan melibatkan 906 buah kampung bawah seliaan Kemas dalam tempoh tiga tahun sehingga 2016.
“Pada tahun ini, terdapat 360 kampung terpilih akan melaksanakan program ini melibatkan 1,750 sukarelawan.
“Manakala 1,000 kakitangan Kemas diseluruh negeri iaitu 125 orang setiap parlimen dilatih sebagai pemudah cara dalam pelaksanaan Kospen,” katanya
Menurutnya, setiap kampung terpilih mempunyai kemudahan pemeriksaan kesihatan sendiri, mempunyai trek 10,000 langkah, rumah, masjid dan kedai makan yang bebas asap rokok.
“KKM memperuntukkan RM1juta untuk Terengganu bagi menjalankan inisiatif Kospen ini yang mensasarkan perubahan amalan dan budaya masyarakat ke arah gaya hidup sihat,” katanya.

No comments:

Post a Comment