Pages

Saturday, September 13, 2014

Pekebun Kecil Digalak Daftar Permit Autoriti Transaksi Getah


unnamed (13)Lembaga Getah Malaysia (LGM) menggalakkan lebih ramai pekebun kecil getah mendaftar bagi memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah.
unnamed (14)Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti, Dato’ Noriah Kasnon berkata, pengenalan permit itu dilaksanakan dalam  Peraturan-Peraturan LGM (Perlesenan dan Permit) 2014 bertujuan mengekang peningkatan kes kecurian getah dan kesukaran kawalan oleh pihak berkuasa.
“Semua pekebun kecil yang berhasrat menjual getah kini diwajibkan mengemukakan permit ini kepada perniaga getah berlesen.
“Dalam masa yang sama, peniaga getah berlesen juga tidak dibenarkan membeli getah daripada mereka yang tidak memiliki permit tersebut,” ujarnya.
Beliau berkata demikian  ketika berucap di Majlis Pelancaran Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Perlesenan dan Permit) 2014 Peringkat Negeri Terengganu di Ri-Yaz Heritage, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, Dato’ Wira Ahmad Hamzah dan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Dato’ Dr Salmiah Ahmad.
Katanya, menerusi Permit Autoriti Transaksi Getah, satu pengkalan data pekebun kecil getah telah diwujudkan sekali gus menjadi rujukan pihak kerajaan dalam pembentukan polisi dalam pembangunan industri getah negara.
“Ia juga akan menjadi sumber maklumat bagi mengenal pasti kumpulan sasar untuk penyaluran peruntukan serta bantuan kerajaan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment