Wednesday, September 10, 2014
MB Minta Wakil Rakyat Kerap Jenguk Pelajar
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman meminta wakil rakyat di negeri ini lebih kerap ‘menjenguk’ prestasi pelajar setiap sekolah di kawasan masing-masing, terutama apabila menjelang peperiksaan utama dan awam.
Katannya, usaha itu sudah tentu menguatkan semangat pelajar untuk terus cemerlang akademik dan kokurikulum.
“Kita bukan saja minta wakil rakyat memantau mereka di sekolah, malah ketika berada di mana-mana universiti tempatan dan luar negara pun tetap jelajah bagi meneruskan misi itu.
“Kerajaan bukan saja mahu cemerlang dalam peperiksaan dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM , malah lebih penting mahu anak Terengganu mencipta sejarah dalam peperiksaan diperingkat universiti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sentuhan Sayang Menteri Besar Bersama Pelajar Peperiksaan Awam, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.
Kira-kira 4,000 calon PMR dan SPM hadir pada majlis itu bagi mendengar amanat Menteri Besar dan mengikuti program khas yang dikendali Pakar Motivasi terkenal, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.
Dato’ Ahmad Razif berkata, pihaknya seboleh- bolehnya mahu anak jati Terengganu mendapat tempat terbaik dengan memperoleh anugerah tertentu yang disediakan baik peringkat universiti, negeri dan juga negara.
“Perkara itu matlamat utama kerajaan, oleh itu pada tahun depan kerajaan akan memperkasakan lagi sekolah-sekolah Imtiaz, sekolah teknik, premier dan sekolah berasrama penuh yang berada dalam negeri Terengganu,” katanya.
Sumber :- http://teganukita.my/mb-minta-wakil-rakyat-kerap-jenguk-pelajar/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment