Pages

Sunday, September 14, 2014

PRK DUN Pengkalan Kubor Platform BN Jelas Isu Royalti


8
Khairy Jamaluddin turut serta mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, Kelantan. Foto oleh Hasmizi Hamid
BN akan memanfaatkan kempen sepanjang Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu royalti petroleum kepada rakyat negeri ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang terutama PAS dijangka memainkan isu tersebut sekali lagi untuk memfitnah BN dan mewujudkan rasa benci rakyat Kelantan terhadap Kerajaan Persekutuan.
“Kita tahu ini akan jadi isu utama, dia akan naikkan papan besar (isu royalti), kita pun akan naikkan papan lebih besar daripada itu untuk jelaskan kepada rakyat di mana kedudukan sebenar. Kita tak takut.
“Mereka sepatutnya ambil tindakan lain yang wajar, bukan setakat mencabar dari segi politik, tetapi meneliti sebaik-baiknya. Kita kerajaan BN tidak menipu rakyat Kelantan, tetapi tuduhan PAS yang berkali-kali menunjukkan BN bersalah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri proses penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, hari ini.

No comments:

Post a Comment