Pages

Sunday, September 14, 2014

Festival Peranakan Pamer Kesenian Dan Kebudayaan Unik


fes1
Dato’ Ahmad Razif meraikan pengunjung yang hadir pada Festival Peranakan Terengganu, malam tadi
Sambutan Festival Peranakan Terengganu berupaya mengetengahkan kebudayaan, kesenian dan warisan peranakan Terengganu yang unik.
Pada masa sama menjadikan Kampung Cina sebagai destinasi utama pelancongan dengan keunikan warisan seperti seni bina, pakaian, cara hidup, perayaan dan makanan.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata menerusi aktiviti tahunan itu mampu mengalakkan penduduk-penduduk tempatan agar mengambil peluang untuk menceburi bidang perniagaan seperti membuka restoran, kedai kraftangan, agen pelancongan, kafe, muzium dan kedai batik.
Katanya, sebagaimana umum mengetahui, masyarakat Cina Peranakan Terengganu telah bertapak di Terengganu sejak beratus tahun dahulu .
“Komuniti ini digelar Mek dan Awang kerana kehidupan seharian mereka seakan-akan sama dengan kehidupan harian masyarakat Melayu.
“Mereka bertutur dalam Bahasa Cina Hokien, Bahasa Melayu dan loghat Terengganu, selain menggunakan tangan dan sesetengah daripada mereka dapat membaca jawi seperti bangsa Melayu,” katanya.
FES2
Beliau berkata demikian pada festival itu malam tadi, di Kampung Cina, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan festival sembilan hari dan berakhir 20 September itu dan  dijangka mampu menarik 50,000 pengunjung.
Ahmad Razif turut memberitahu, pakaian tradisional masyarakat peranakan, termasuk Baju Kebaya atau dipanggil Baju Kebaya Potong Kot yang dipakai bersama kain batik bagi perempuan dan kain pelikat bagi lelaki.
Katanya, berdasarkan fakta sejarah dan sumber yang diperolehi, makna peranakan itu sendiri ialah percampuran dengan budaya tempatan sama ada melalui perkahwinan dan cara hidup.
“Ia bermula dari kedatangan Laksmana Cheng Ho lagi semasa awal tahun 1400 lagi yang menempatkan golongan Cina Peranakan di beberapa penempatan seperti Bukit Datu, Pulau Bahagia dan Tepoh.
“Namun, kebanyakan mereka yang datang ke Terengganu sekitar tahun 1600 dan 1700 melalui Kelantan dan Patani, Thai sebelum tinggal di Terengganu,” katanya.

1 comment:

  1. > “Mereka bertutur dalam Bahasa Cina Hokien, Bahasa Melayu dan loghat Terengganu, selain menggunakan tangan dan sesetengah daripada mereka dapat membaca jawi seperti bangsa Melayu,”

    @ membaca jawi seperti bangsa Melayu?!
    http://typophile.com/node/74436

    ReplyDelete