Pages

Tuesday, September 23, 2014

Lembah Marang I Jelapang Padi Ketiga Terengganu







Lembah Marang I seluas 320 hektar di sekitar Kampung Kubu, Marang akan dibangunkan dengan tanaman padi pada tahun depan sebagai usaha mengurangkan pergantungan kepada beras import.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Nawi Mohamad berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan antara RM25 juta hingga RM30 juta untuk membangunkan jelapang padi itu.

Menurut beliau, ia merupakan kawasan tanaman padi komersil yang ketiga diwujudkan oleh kerajaan negeri selepas Besut dan Setiu.

“Apabila kawasan tanaman padi itu mengeluarkan hasil, Terengganu mampu mencapai pengeluaran padi sebanyak 80 peratus berbanding 50 peratus sekarang ini,” katanya semalam.

Sumber :- http://teganukita.my/lembah-marang-i-jelapang-padi-ketiga-terengganu/

No comments:

Post a Comment