Pages

Sunday, September 21, 2014

PAS Diminta Kaji Kerjasama Dalam Pakatan Rakyat – Haron Din


haron-din1
Dewan Ulama PAS diminta meneliti sama ada kerjasama politik parti itu dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan atau tidak demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti tersebut, lapor Utusan Online.
Ketika mengemukakan cadangan itu semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama di Kulaijaya, Johor, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din berkata, “setiap hari ada fitnah” yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan semua ahli PAS.
Beliau juga menegaskan, PAS perlu mengambil jalan terakhir keluar daripada pakatan pembangkang jika syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

No comments:

Post a Comment