Pages

Thursday, September 11, 2014

10,000 Sertai Selawat Sempena Kesyukuran Imtiaz



Kira-kira 10,000 penduduk Daerah Besut akan menyertai acara berselawat bersama Kumpulan The Brothers Dan Sheqal sempena sambutan Himpunan Kesyukuran Imtiaz di Kompleks Imtiaz Bukit Keluang esok.

Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh berkata, himpunan dimulakan dengan solat Maghrib yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut.

Beliau berkata himpunan itu diadakan sebagai tanda kesyukuran pembukaan semula Kompleks Imtiaz yang akan beroperasi tahun depan.

Katanya, semua bekas guru, pelajar, pengasas dan penderma Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut sejak 1999 yang dianggarkan seramai 700 orang, juga dijemput hadir untuk memeriahkan program berkenaan dengan memakai jubah bewarna putih.

“Penganjuran ini bagi menzahirkan kesyukuran dan rasa terima kasih rakyat Besut di atas usaha Ahmad Razif yang mengembalikan semula Kompleks Imtiaz di Bukit Keluang kepada SM Imtiaz Besut sebagaimana perancangan asal,” katanya.

Katanya, sebelum ini Kompleks Imtiaz berharga RM86 juta berada dalam keadaan tidak menentu kerana pelajar ditempatkan di Asrama Berkelompok di Kampung Padang Landak, dekat Jertih.

Beliau berkata, pihak penganjur juga akan menumbangkan sepuluh ekor lembu untuk dijadikan jamuan rakyat sempena perhimpunan bersejarah itu.

Sumber :- http://teganukita.my/10000-sertai-selawat-sempena-kesyukuran-imtiaz/

No comments:

Post a Comment