Tuesday, September 23, 2014
Kepala Kereta Api Dipindah Ke Dungun
Muzium Terengganu akan memindahkan kepala kereta api dari Muzium Negeri ke Muzium Dungun dalam masa terdekat untuk dipamerkan kepada masyarakat setempat.
Timbalan Pengarahnya, Che Muhammad Azmi Ngah berkata, usaha tersebut merupakan penghormatan kepada Dungun kerana kepala kereta api itu adalah bahan bersejarah yang pada asalnya dibawa dari Bukit Besi, Dungun ke Muzium Negeri.
Menurut beliau, pihaknya sedang berusaha memindahkan artifak bersejarah itu sebaik bangunan Muzium Dungun diwartakan selepas mendapat kelulusan pihak berwajib.
“Sebaik Muzium Dungun mempunyai pagar dan terjamin keselamatannya, kita akan pindahkan kepala kereta api itu ke sini. Semoga ia menjadi simbol sejarah dan boleh ditatap generasi akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun di Sekolah Kebangsaan Bandar, Dungun, semalam.
Sumber :- http://teganukita.my/kepala-kereta-api-dipindah-ke-dungun/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment