Pages

Tuesday, September 23, 2014

Potensi Taman Rekreasi Bukit Besar Sebagai Pusat Riadah Utama

Ahmad Razif meninjau persekitaran terowong pejalan kaki bersama Dato’ Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Adzlan Mohd Dagang.

Kerajaan negeri melihat potensi Taman Rekreasi Bukit Besar untuk dibangunkan dengan pelbagai kemudahan baharu sebagai destinasi tarikan pengunjung dan pusat riadah utama bersama keluarga pada hujung minggu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pentas budaya yang sedang dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di lokasi strategik dan pusat tumpuan di bandar Kuala Terengganu itu mampu menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian Terengganu.

“Mungkin kalu boleh kita buat pertunjukan pentas budaya pada setiap Jumaat. Mereka yang terlibat akan mengadakan persembahan dan ini mampu menarik orang ramai ke sini.

“Selepas ini kita akan menyusun program kebudayaan dan meminta tempat yang menjadi tumpuan ramai pada setiap hari minggu itu mampu memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus melawat terowong pejalan kaki yang menghubungkan antara taman rekreasi berkenaan dengan Pasaraya Mydin Kuala Terengganu, semalam.

 
 
Selain itu, Ahmad Razif juga meminta MBKT melihat kemudahan lain yang boleh dibangunkan di kawasan terowong itu termasuk membina lot-lot kedai supaya laluan itu menjadi tumpuan ramai dan tidak lagi mengundang kegiatan tidak bermoral.

“Kalau dibiarkan tempat ini pasti akan menjadi tempat yang mengundang perkara tidak baik. Jadi kita mesti manfaatkannya serta melihat apakah potensi yang boleh kita bangunkan di sini supaya memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Beliau juga memuji langkah MBKT yang emmbersihkan kawasan itu segera selepas tahap kebersihan terowong itu menjadi isu dan mengundang rasa tidak selesa orang awam, khususnya yang beriadah di pusat rekreasi itu.

Sumber :- http://teganukita.my/potensi-taman-rekreasi-bukit-besar-sebagai-pusat-riadah-utama/

No comments:

Post a Comment