Pages

Monday, September 22, 2014

Kekalkan Disiplin Ketika Berada Di Tanah Suci – Sultan Mizan


8(2)
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru agar bakal jemaah haji mengekalkan disiplin diri ketika berada di Tanah Suci.
“Para jemaah perlu diingatkan menjaga disiplin dan tingkah laku agar Malaysia terus mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi.
“Seboleh-bolehnya ikut segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan pihak berkaitan bagi mengelak situasi kurang disenagi berlaku”, titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Penyempurnaan Pelepasan Jemaah Haji Ke Tanah Suci di TH Hotel Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut berkenanan berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Keberangkatan baginda berdua disambut, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman; isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria dan Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong.
10
Turut mengiringi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan semua EXCO Kerajaan Negeri.
Sultan Mizan juga berterima kasih kepada pihak Tabung Haji kerana terus membantu jemaah dalam pelbagai aspek.
“Beta ucapkan terima kasih kepada pihak Tabung Haji kerana banyak memberi bantuan kepada jemaah terutamanya apabila mengekalkan bayaran sebanyak RM9,980 untuk  kos haji walaupun kos sebenar RM16,155”, titah Sultan Terengganu.
Titah baginda, jemaah haruslah menjaga kesihatan ketika berada di Tanah Suci dan mengamalkan amalan hidup yang sihat.
“Beta menyeru agar para jemaah menjaga kesihatan ketika berada di sana seperti memakai penutup hidung agar tidak menjejaskan kesihatan ketika melakukan ibadah”, titah baginda.

No comments:

Post a Comment