UMNO Bahagian Besut menyokong penuh kepemimpinan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman untuk terus menerajui pentadbiran dan pembangunan di Terengganu.
Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad berkata, mereka juga akan bersama-sama berdiri teguh di belakang pemimpin UMNO negeri dalam apa jua situasi.
”Di kesempatan ini saya ingin memaklumkan bahawa kepimpinan UMNO Bahagian Besut menyokong penuh Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.
“Kami akan terus bersatu hati, bersepadu tenaga untuk pastikan kerajaan yang ada sekarang terus kekal untuk pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya di hadapan lebih 2,000 perwakilan dan pemerhati Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak semalam.
Nawi merupakan wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri ke mesyuarat itu.
Hadir merasmikan persidangan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.
No comments:
Post a Comment