Muhyiddin yang menegaskan perkara itu, menasihatkan rakyat agar tidak terkeliru atau terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan itu kerana ia bukan draf undang-undang yang dimuktamadkan oleh kerajaan.
“Draf undang-undang kerajaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berpandu pandangan kabinet selepas mengambil kira pandangan semua pihak.
“Buat masa ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada untuk menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu atau meminda akta sedia ada,” katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung Umno Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Perkara itu menjadi isu selepas Majlis Peguam kononnya telah menyiapkan draf rang undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan dan telah diserahkan kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nancy Shukri.
Menjelas lanjut, Muhyiddin berkata beliau belum membaca draf undang-undang yang dikemukakan Majlis Peguam, namun menyifatkan kerajaan terbuka menerima cadangan daripada semua pihak.
“Kerajaan terbuka dan akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pandangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan badan-badan bukan kerajaan lainnya, tetapi yang penting ialah untuk memastikan undang-undang yang dimuktamadkan nanti mestilah lebih berkesan daripada yang sedia ada.
“Sekarang ini rakyat mungkin terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam itu sehingga menolak cadangan untuk menghapuskan akta ini. Tapi nasihat saya, tunggu dulu sehingga draf kerajaan siap…,” katanya.
Sumber :- http://teganukita.my/rakyat-jangan-terkeliru-draf-undang-undang-bukan-dari-kerajaan-muhyiddin/
No comments:
Post a Comment