Pages

Monday, September 8, 2014

RTC di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun Mula Beroperasi

http://teganukita.my/tkv1/wp-content/uploads/2014/09/Lebih-banyak-agensi-kerajaan-tawar-perkhidmatan-di-RTC-Kelantan.png

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang diilhamkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak pada awal 2011 melalui Malaysian Blue Ocean Strategy Institute (MBOSI) membawa kesan positif kepada orang ramai, terutama masyarakat luar bandar.

Terengganu turut mengunakan konsep sama di mana buat permulaan mewujudkan RTC Bandar Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun mula beroperasi awal Ogos lalu.

Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud, berkata projek kerajaan Persekutuan melalui Ketengah itu melibatkan peruntukan kira-kira RM10 juta dan menggunakan konsep Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan.

Menempatkan 18 agensi kerajaan dan swasta, antaranya termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Yayasan Pembangunan Usahawan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Klinik Informasi 1Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Yayasan pembanguan Keluarg, Ketengah Holding Sdn Bhd dan Ambs Baby Centre.

“Langkah itu pasti mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk tanpa bersusah payah ke bandar-bandar seperti sebelum ini.

“Pembinaan RTC adalah selaras dengan misi kerajaan dan akan menjadi nukleus kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program oleh kementerian bagi membangunkan penduduk luar bandar,”katanya dalam satu kenyataan akhbar,” katanya..

Katanya selain itu, sebuah pasar komuniti dan usahawan juga akan dibina di wilayah itu bagi memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat yang menjadi pusat pengumpulan daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran serta produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.

“Pusat pengumpulan itu nanti akan menjadi satu hab perniagaan penting yang dapat memberi keselesaan dan kemudahan untuk transaksi bahan-bahan mentah, sayur segar serta produk IKS kepada penduduk Ketengah.

“Apa yang penting ia akan membuka peluang perniagaan yang cukup besar kepada penduduk wilayah Ketengah di mana ia beroperasi seperti sebuah pasar borong yang mengumpul pengeluar, pemborong serta pembeli pada satu masa,” katanya.

Menurutnya, keistimewaan RTC Terengganu berbanding RTC lain, dengan adanya Pusat Hemodialisis yang menawarkan enam unit mesin dan dikendalikan JKNT.

“Perkhidmatan itu cukup diperlukan pesakit di mana sebelum ini terpaksa berulang alik ke Hospital Dungun, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Dungun,” katanya.

Sumber :- http://teganukita.my/rtc-di-bandar-al-muktafi-billah-shah-dungun-mula-beroperasi/

No comments:

Post a Comment