Gambar kenangan Allahyarham Tok Wan Pa menggunakan kanta pembesar untuk melihat dengan jelas gambar yang pernah dirakamkannya pada awal tahun 1950an dan 1960an di Besut |
Tokoh Kemerdekaan dan Veteran UMNO Bahagian Besut, Wan Mustaffa Wan Jusoh, 90, meninggal dunia akibat sakit tua di rumah anaknya di Perumahan Awam Pelagat Tiga, Seberang Jertih, awal pagi tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Tok Wan Pa meninggalkan lima anak ketika hayatnya aktif dalam pertubuhan masyarakat menghembus nafas terakhir kira-kira jam 2 pagi di sisi anak sulungnya, Nik Mansor Wan Mustafa, 58.
Jenazah Allahyarahm selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Luas, Jertih kira-kira jam 12 tengahari ini.
Beliau yang berminat dalam bidang fotografi banyak menyimpan gambar-gambar hitam putih yang dirakamnya sebelum dan selepas merdeka termasuk sejarah Bandar Jertih dan upacara pengistiharan Kemerdekaan Negara di Daerah Besut.
Nik Mansor berkata, disebabkan Allahyarham aktif dalam kemasyarakatan di daerah Besut, pada tahun 2011 dianugerahkan Tokoh Kemerdekaan Besut sempena Sambutan Merdeka Raya.
Katanya, didalam politik beliau pernah dianugerahkan tokoh jasamu dikenang oleh UMNO Bahagian Besut kerana menjadi pengasas penubuhan parti itu di Bandar Jertih.
No comments:
Post a Comment