Pages

Wednesday, September 10, 2014

Maduria Tembusi Pasaran China, Dubai


DSC_0174
Kerajaan Terengganu bangga dengan pencapaian usahawan Bumiputera di negeri ini kerana sudah ada yang mampu memasarkan produk keluaran industri yang diceburi hingga ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri,  Roslee Daud berkata, kejayaan usahawan bumiputera yang melangkah ke peringkat global patut dicontohi usahawan lain.
Katanya, pemilik  Syarikat  MGV Industries Sdn Bhd yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut, satu contoh baik dan menjadi kebanggaan penduduk negeri ini kerana keupayaannya bersaing dalam memasarkan produk di luar negara.
Beliau berkata, pemilik kilang itu, Zakaria Jusoh, 50 yang juga selaku pengurus syarikat pembuat air minuman berjenama ‘Maduria’ patut dicontohi kerana hasil pengeluaran produk berkenaan kini berada di pasaran antarabangsa.
Katanya, antara negara yang  banyak menerima minuman keluaran syarikat itu termasuklah Singapura, Indonesia, Brunei, China, Myanmar dan Dubai.
“Saya kagum apabila mendapat tahu syarikat berkenaan berjaya menembusi pasaran ke negara terbabit,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke kilang berkenaan semalam.
Roslee berkata, kerajaan negeri akan meneruskan program Jejak Usahawan bagi mengenalpasti usahawan Bumiputera negeri  ini yang berjaya dalam pelbagai bidang selain mendengar sendiri masalah yang mereka hadapi.
Katanya, usahawan Bumiputera juga perlu bijak membuat promosi bagi memprkenalkan produk keluaran masing-masing dan kerajaan akan membantu dalam promosi  terbabit.
Sebagai contoh, katanya, syarikat Bumiputera perlu mengiklankan hasil pengeluaran mereka menggunakanbillboard untuk dipasanag di laluan utama sebagai usaha mempromisi produk terbabit.
“Kerajaan negeri boleh membantu mereka terbabit dengan meminta kerjasama pihak penguasa tempatan menyediakan tapak sesuai untuk meletakkan billboard berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment