Pages

Monday, September 8, 2014

Pinjaman Perniagaan Tanpa Faedah Maksimum RM10,000 Untuk Belia

51
Jamawi Jaafar
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan bantuan pembiayaan perniagaan kepada golongan belia yang berumur bawah 40 tahun untuk mengembangkan perniagaan sejak Mac lalu.

Pegawai Khas Kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jamawi Jaafar berkata, Skim Pembiayaan Perniagaan Program Putra adalah inisiatif MARA dan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup belia sekaligus membuka peluang kepada mereka untuk menambah skala perniagaan.

“Buat masa sekarang, MARA menyediakan peluang kepada belia di negara ini untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan skim ini dengan syarat yang cukup minimum.

“Dengan skim ini, belia mampu meningkatkan taraf hidup mereka dengan kadar pinjaman maksimum sebanyak RM10,000 tanpa sebarang bayaran faedah”, katanya kepada teganukita baru-baru ini.

Beliau ditemui ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.

Jamawi dalam pada itu turut menekankan supaya anak muda segera memohon skim itu kerana pihak MARA hanya memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta dan masih ramai yang belum memohon.

Antara syarat yang dikenakan adalah wargenegara Malaysia berumur antara 18 hingga 40 tahun, mempunyai lokasi yang sesuai untuk menjalankan perniagaan dan perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kepada yang berminat boleh menghubungi terus kepada Pejabat Mara terdekat atau boleh melayari laman sesawang di http://www.mara.gov.my/program-putra.

No comments:

Post a Comment